Undi Tak Percaya: BN Sokong Khalid

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 5:42 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya usul undi tidak percaya dibentangkan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata semua wakil rakyat BN di Selangor akan mengundi Khalid tanpa syarat dan ikhlas jika usul itu dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Sokongan kami terhadap Tan Sri Khalid adalah kerana kita mengambil kira kepentingan kestabilan di Selangor.

"Apa-apa perubahan kepimpinan yang tidak perlu boleh menjejaskan secara serius usaha-usaha untuk menangani masalah air di Selangor," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan kali ke-11 di sini, Isnin.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN bagi mendapatkan hala tuju berhubung kemelut kepimpinan di Selangor.

"Jadi atas beberapa dasar, sebab dan prinsip, BN menyokong MB Selangor (Abdul Khalid).

"Kita juga tidak mengambil kira fahaman politik dan sebagainya, kita juga lihat tiada kewajaran perubahan pimpinan sebagaimana yang hendak dilakukan oleh Pakatan Rakyat di negeri itu ," katanya.

Muhyiddin berkata sokongan itu juga adalah tidak bersyarat dan ikhlas kerana apa yang ingin dilihat ialah keadaan yang stabil di negeri itu.

"Kalau anda tanya apa yang kita akan dapat dengan menyokong beliau (Abdul Khalid) kita pun tak tahu apa yang kita akan dapat," katanya.

"Bagi kami dalam keadaan itu siapa yang elok kita sokong...bagi Kerajaan Pusat ialah menentukan nasib rakyat baik di Selangor dan (Wilayah) Persekutuan (Kuala Lumpur) tidak terjejas dan terus dibela dengan perjanjian yang telah disepakati.

"Ikut bacaan saya kalau ada perubahan maka ada yang akan pinda itu...ini...dan ia akan bawa kesan besar kepada masalah air serta soal-soal berkaitan kebajikan rakyat di Selangor dan Wilayah Persekutuan," katanya.

Ditanya sama ada boleh berlaku perubahan dalam perjanjian yang telah ditangani sebelum ini jika berlaku perubahan pentadbiran, Muhyiddin berharap perjanjian yang ditandatangani itu dihormati.

"Tetapi jika ada perubahan kerajaan saya juga tidak boleh jangkakan apa akan berlaku dan itu turut menjadi kebimbangan kita juga," katanya.

Mengenai sama ada akan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, Muhyiddin berkata perkara itu sukar diramal dan tidak tahu apa yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan