MH17: Barangan Peribadi Mangsa Akan Dipulangkan Kepada Waris - Berita Semasa | mStar

MH17: Barangan Peribadi Mangsa Akan Dipulangkan Kepada Waris

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 4:54 PM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Barangan peribadi milik mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 akan dipulangkan kepada keluarga mereka selepas proses mengenal pasti dan pemeriksaan selesai dijalankan pasukan penyiasatan diketuai Belanda, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai Isnin.

Katanya beliau tidak dapat memberikan tarikh sebenar bila ia akan dilakukan kerana fokus kini adalah proses mengenal pasti identiti mangsa yang sedang dijalankan di Hilversum di Netherlands.

"Ia agak sukar kerana kecuali terdapat tanda nama yang sempurna, akan membolehkan kami menghantar barangan itu kepada keluarga masing-masing," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan biasiswa Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) kepada 61 pelajar Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) daripada sekolah tinggi aliran Cina persendirian di sini.

Beliau berkata perbincangan secara dalam talian dengan Belanda diadakan pada 6 petang setiap hari bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung penyiasatan itu, termasuk tarikh bagi penyerahan mayat.

Tarikh untuk membawa pulang mayat ke Malaysia hanya akan diumumkan sebaik sahaja mayat diserahkan oleh pihak Belanda, katanya.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di negara sedang bergolak itu.
Tags / Kata Kunci: Mh17 , barang peribadi
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan