Tiba Masanya Untuk Bergerak Ke Hadapan

Diterbitkan: Ahad, 10 Ogos 2014 1:45 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sekarang adalah masa untuk terus bergerak ke hadapan berhubung isu Menteri Besar Selangor.  

Beliau berkata adalah penting untuk mendapatkan pandangan semua ahli gabungan parti, kerana isu itu bukan sahaja melibatkan Selangor tetapi juga Pakatan Rakyat.

"Saya akan bertemu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak lama lagi untuk menyampaikan pandangan saya dan mendengar apa yang dia katakan dan saya percaya kita boleh mencapai persefahaman.

"Semuanya sama, saya juga amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana berkerjasama dengan kami," katanya ketika ditemui di ibu pejabat DAP, Ahad.

Apabila ditanya sama ada ahli-ahli Exco Pakatan Rakyat akan meletakkan jawatan untuk memberi tekanan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk berundur, Anwar berkata mereka perlu terus bergerak ke hadapan.

"Pendirian kami adalah jelas tetapi kita perlu bergerak ke hadapan. Kami telah berbincang dengan orang-orang yang sepatutnya," katanya. 

Beliau menambah, majoriti ahli parti telah hilang keyakinan terhadap Khalid dan mereka yang lain harus menghormatinya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan