Asean Mahu Lebih Banyak Dilakukan Mengenai Mangsa MH17

Diterbitkan: Ahad, 10 Ogos 2014 8:23 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Lebih banyak perlu dilakukan bagi memastikan semua mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di Donetsk Oblast dikumpul dan dihantar pulang dengan penuh penghormatan ke negara masing-masing secepat mungkin, kata Asean.

Asean mendesak semua aktiviti ketenteraan termasuk oleh kumpulan bersenjata dihentikan dengan segera untuk membolehkan akses yang selamat dan tanpa halangan oleh pasukan penyiasat antarabangsa yang menyiasat nahas itu.

Dalam pernyataan bersama selepas Mesyuarat Menteri Luar Aseandi Nay Pyi Taw, Myanmar baru-baru ini, Menteri-menteri Luar Asean juga mendesak supaya mereka yang bertanggungjawab terhadap jenayah kejam itu dibawa ke muka pengadilan.

Mereka turut melahirkan sokongan kepada usaha secara aman yang dijalankan oleh semua pihak bagi menangani krisis di Ukraine. 

Mereka menekankan perlunya meredakan ketegangan di timur Ukraine,dan mahu semua pihak yang terlibat supaya bersetuju melaksanakan gencatan senjata dengan segera dan ia perlu dipatuhi oleh semua pihak.

"Kami menggesa semua pihak terlibat supaya merundingkan penyelesaian secara aman selaras dengan undang-undang antarabangsa," kata mereka.

Menteri-menteri Luar Asean menarik perhatian kepada kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 19 Julai lepas yang mengutuk penembakan pesawat MH17 di Donetsk Oblast, Ukraine, pada 17 Julai yang mengorbankan 298 orang.

Mereka juga melahirkan kebimbangan berat terhadap perkembangan baru-baru ini yang meningkatkan ketegangan di Laut China Selatan dan menegaskan pentingnya usah mengekalkan keamanan, kestabilan dan keselamatan maritim serta kebebasan navigasi di ruang udara merentasi Laut China Selatan.

Mereka menggesa semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan mengelak tindakan yang boleh meruncingkan lagi keadaan dan menjejaskan keamanan, kestabilan dan keselamatan di Laut China Selatan.

Para pemimpin berkenaan berpendapat konflik itu perlu diselesaikan secara aman tanpa ancaman atau menggunakan kekerasan termasuk dialog persahabatan, perbincangan dan perundingan, selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa yang diterima sejagat termasuk Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut 1982.

Menteri-menteri Luar Asean turut menarik perhatian bahawa Laporan Kemajuan mengenai Pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak di Laut China Selatan dikemukakan pada persidangan itu selepas mesyuarat Menteri Asean-China.

Para pegawai Asean akan bekerjasama dengan China untuk memuktamadkan objektif, struktur serta memperincikan kandungan Kod Amalan termasuk elemen-elemen konkrit yang akan memupuk kepercayaan dan keyakinan, selain mengelak insiden dan menangani insiden jika ia berlaku.

Pemimpin itu  juga menugaskan para pegawai Asean untuk melaksanakan langkah-langkah yang boleh membawa hasil dengan segera. 

Tags / Kata Kunci: MH17 , Asean

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan