Kaji Semula Sistem Pendidikan Sekolah Rendah

Diterbitkan: Ahad, 10 Ogos 2014 1:26 PM

Datuk Seri Ismail Sabri

(Ubah saiz teks)

BERA: Umno Bahagian Bera pada Ahad mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula sistem pendidikan di peringkat sekolah rendah bagi mengeratkan perpaduan kaum.

Ketua Umno Bahagian Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sistem pendidikan di sekolah rendah telah menyebabkan anak-anak diasuh dan membesar dalam keadaan terpisah antara kaum yang ada di negara ini.

Katanya, anak-anak yang bersekolah di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan dipisahkan dengan amalan budaya dan gaya hidup sejak dari kecil dan ia berlarutan sehingga mereka dewasa.

"Kita mencadangkan supaya kerajaan membuat kajian menyeluruh dan melihat kembali adakah dasar memisahkan kaum di peringkat sekolah rendah lagi ini baik untuk perpaduan kaum?.

"Sekiranya ia tidak baik, langkah drastik perlu diambil kerajaan untuk mengatasi masalah ini, kajilah dengan teliti di bawah Kementerian Pendidikan," katanya ketika berucap di majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bera yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini Ahad.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata kewujudan sekolah jenis kebangsaan juga telah menyebabkan hilangnya rasa hormat menghormati sesama kaum kerana pelajar telah dibesarkan dalam situasi berasingan.

"Dahulu kerajaan wujudkan sekolah pelbagai aliran bertujuan untuk mengekalkan bahasa ibunda tetapi kini kita boleh belajar bahasa-bahasa lain di sekolah kebangsaan," katanya.

Beliau berkata sikap hormat menghormati sesama kaum yang semakin terhakis pada masa kini juga mengakibatkan isu penghinaan kaum dilihat semakin menjadi-jadi, khususnya menerusi media sosial.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan