DAP Sokong Khalid Digantikan Dengan Wan Azizah

Diterbitkan: Ahad, 10 Ogos 2014 3:36 PM

Lim Guan Eng

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: DAP menyokong pendirian Pakatan Rakyat untuk menggantikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, parti itu tetap dengan pendirian menyokong keputusan Pakatan Rakyat untuk menggantikan Khalid dengan Wan Azizah.

"Semua 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Selangor telah menyatakan sokongan penuh mereka berhubung jawatan ini dan kerajaan PR Selangor masih kukuh dengan 43 orang Adun dalam jumlah keseluruhan 56 Adun, walaupun dengan pengusiran Khalid," kata Lim.

Bercakap pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu pada Ahad, Lim menambah: "Khalid juga tidak lagi mempunyai mandat demokrasi dan kuasa yang sah untuk kekal sebagai MB dan oleh itu beliau harus meletak jawatan."

Beliau berkata, ketiga-tiga wakil rakyat DAP di dalam Majlis Eksekutif akan kekal dengan jawatan mereka sehingga MB baharu dilantik, sambil menambah adalah perlu untuk memastikan pentadbiran berterusan di negeri ini sehingga krisis itu ditangani.

Lim berkongsi isu yang dibincangkan semasa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu, sambil menambah DAP menentang sebarang cubaan Barisan Nasional atau kerajaan Persekutuan untuk mengharamkan atau menutup rangkaian sosial, Facebook.

Beliau menjelaskan, tindakan itu melanggar jaminan bahawa tiada penapisan internet di Malaysia dan menafikan hak rakyat Malaysia untuk bebas bersuara.

"Ini juga menafikan golongan muda untuk berkomunikasi melalui platform media sosial manakala memusnahkan perniagaan yang bergantung kepada rangkaian sosial," katanya sambil menambah parti itu akan mengadakan demonstrasi besar terhadapnya.

Tags / Kata Kunci: Pakatan Rakyat , DAP , krisis MB Selangor

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan