MH17: Waris Sedang Dihubungi Untuk Bayaran Pendahuluan Pampasan

Diterbitkan: Sabtu, 9 Ogos 2014 8:40 PM

Sebahagian daripada waris keluarga mangsa MH17. (gambar fail)

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bayaran pendahuluan pampasan kepada keluarga mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 tidak akan menjejaskan hak mereka untuk menuntut pampasan mengikut undang-undang pada kemudian hari.

Dalam kenyataan hari ini, MAS menjelaskan bahawa bayaran itu bagaimanapun akan dikira sebagai sebahagian daripada pampasan penuh yang layak mereka terima.

MAS berkata melalui wakilnya di Pusat Sokongan Keluarga, ia telah menghubungi waris mangsa yang menaiki pesawat malang itu untuk memulakan proses pembayaran pendahuluan pampasan.

Pada 4 Ogos, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata anggota keluarga terdekat mangsa nahas MH17 pada 17 lepas dijangka menerima bayaran pendahuluan pampasan sebanyak US$50,000 (kira-kira RM160,000) dengan secepat mungkin.
 
"Kami juga mengambil langkah untuk mengurus faedah kontrak yang layak diterima anak kapal kami, untuk diperjelaskan dan dibayar kepada waris mereka, bersama bayaran sagu hati tambahan bagi membantu mereka memenuhi keperluan semasa keluarga masing-masing," kata syarikat penerbangan itu.

MAS menjelaskan ia turut menawarkan bantuan kewangan US$5,000 kepada keluarga setiap penumpang dan anak kapal MH17.
 
"Sehingga kini, majoriti keluarga berkenaan telah mendapat bantuan kewangan itu, yang tidak termasuk sebagai bayaran pampasan yang layak mereka terima," kata MAS.

Penerbangan MH17 bersama 283 penumpang dan 15 anak kapal, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia dipercayai ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine.

MAS berkata fokus utamanya sekarang ialah menjaga kebajikan keluarga yang terjejas akibat tragedi itu.

Syarikat penerbangan itu juga memberi sokongan kepada keluarga terbabit dalam menghadapi saat-saat getir dan menugaskan penjaga terdiri daripada pekerja terlatih MAS untuk memberi sokongan dan bantuan dari segi emosi kepada mereka.

Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan