Teng Kecam Guan Eng Cuba Alih Isu Pesta Bogel Kepada Kerajaan Persekutuan

Diterbitkan: Sabtu, 9 Ogos 2014 3:41 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow mengecam Ketua Menteri Lim Guan Eng yang cuba mengalihkan tanggungjawab isu pesta sukan bogel di Taman Negara, Teluk Bahang di sini kepada Kerajaan Persekutuan.

"Ketua Menteri mendakwa kerajaan negeri tiada kuasa, tetapi ia tidak benar.

"Akta Taman Negara 1980 memberikan kerajaan negeri kuasa ke atas pengendalian dan kawalan ke atas taman. Ia hanya menunjukkan bagaimana jahil dan sombong (Lim) Guan Eng," katanya pada sidang media semasa Rumah Terbuka Hari Raya Umno di Pantai Bersih di sini.

Teng berkata, Lim seharusnya tahu bahawa kerajaan negeri mempunyai kuasa terhadap Taman Negara di negeri itu.

Taman Negara, Teluk Bahang di sini mendapat perhatian ramai selepas penyebaran sebuah video bertajuk 'Pesta Bogel Di Teluk Bahang, Penang' di laman sosial baru-baru ini.

Video berdurasi lima minit 52 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita dewasa dalam keadaan bogel melakukan pelbagai aktiviti di sebuah pondok dan di tepi pantai berkenaan.

Kumpulan itu melukis di badan dalam keadaan bogel, menari serta mengadakan acara sukan di pantai Teluk Kampi yang terletak dalam kawasan Taman Negara itu.

Video itu diakhiri dengan acara unggun api pada sebelah malam serta tertera tulisan 'see u in 2015'.

Polis merakamkan keterangan dari 13 individu berhubung perkara itu termasuk mereka yang bertugas melakukan rondaan semasa pesta tersebut berlangsung.

Lim berkata, taman itu adalah dibawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan ia patut bertanggungjawab terhadap isu tersebut.





iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan