Peguam Khalid Hantar Surat Peringatan Kepada Lembaga Disiplin PKR

Diterbitkan: Sabtu, 9 Ogos 2014 6:57 PM

Edmund Bon.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Peguam mewakili Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menghantar surat peringatan kepada pengerusi Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar tidak membincangkan kedudukan Menteri Besar Selangor itu dalam mesyuarat petang ini.

Surat itu diserahkan oleh peguam Edmund Bon kepada pengerusi badan itu, Datuk Dr Tan Kee Kwong pagi ini.

Bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin berkata surat itu menyatakan bahawa perkara tersebut tidak boleh dibincangkan sehingga Lembaga Disiplin selesai menjalankan siasatan terhadap Abdul Khalid.
 
"Ini termasuk selepas mendengar penjelasan daripada beliau pada sesi pendengaran pada 15 Ogos ini seperti yang Abdul Khalid pohon dalam suratnya kepada Tan semalam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Faekah berkata Lembaga Disiplin juga tidak boleh membincangkan nasib Abdul Khalid dengan kepemimpinan tertinggi PKR kerana ada antara mereka mempunyai kepentingan dalam usaha untuk menggantikan beliau daripada jawatannya.
 
Semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata kedudukan Abdul Khalid dalam PKR berkemungkinan akan ditentukan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) petang ini.

Anwar bagaimanapun berkata beliau sendiri tidak dapat memastikan nasib yang bakal menimpa Abdul Khalid, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)

Pelabuhan Klang, dan segalanya terpulang kepada keputusan mesyuarat itu.

Abdul Khalid sebelum ini diminta hadir ke sesi pendengaran Lembaga Disiplin parti berhubung dakwaan salah laku di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya semalam.

Menteri besar itu bagaimanapun telah menulis surat meminta badan itu menangguhkan sesi pendengaran dan mencadangkan ia diadakan pada 15 Ogos, berikutan tempoh masa yang diberikan kepada beliau untuk memberi penjelasan sangat singkat.

Dalam sesi pendengaran itu, Abdul Khalid, antara lain, diminta menjelaskan isu berkenaan penstrukturan semula industri air Selangor, elaun baharu Menteri Besar, kenaikan cukai bagi lesen perniagaan, isu pinjaman Abdul Khalid dengan Bank Islam dan cadangan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

Tags / Kata Kunci: Khalid , MB Selangor

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan