MAS Diswastakan Untuk Pelan Pemulihan

Diterbitkan: Sabtu, 9 Ogos 2014 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dalam mengambil langkah berani untuk memulihkan imej Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), kerajaan memutuskan untuk menswastakan syarikat tersebut bagi memberi laluan kepada pelan penstrukturan semula secara besar-besaran dilakukan.

Ia akan dinyahsenaraikan dari kaunter Bursa Malaysia dalam langkah korporat yang akan melindungi syarikat tersebut daripada penelitian awam kerana ia perlu melakukan beberapa langkah perit termasuk memberhentikan seramai 20,000 kakitangannya, mengecilkan operasi dan rundingan semula kontrak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, syarikat penerbangan tersebut perlu menjalani pembaharuan semula secara menyeluruh dalam menghasilkan sesuatu yang berbeza.

"Hanya melalui perubahan yang sepenuhnya ini MAS akan memberikan hasil yang kukuh dan berpanjangan. Ini tidak akan berlaku jika perubahan dijalankan secara bertahap," katanya.

Langkah penstrukturan semula MAS sebelum ini mendapat bantahan daripada kesatuan pekerja syarikat tersebut dan ahli politik.

Kali ini, Khazanah Nasional Bhd, pemegang saham terbesar dengan hampir 70% kepentingan di dalam syarikat itu, mendapat sokongan daripada kerajaan dan Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM).

Khazanah Nasional Bhd pada Jumaat mengemukakan permohonan rasmi kepada Lembaga Pengarah Malaysian Airline System Bhd (MAS)
untuk melaksanakan langkah pengurangan dan pembayaran balik modal secara terpilih bagi saham-saham biasa MAS.

Apabila selesai, Khazanah Nasional akan menjadi pemegang saham biasa tunggal MAS, yang akan dinyahsenarai dari kaunter Bursa Malaysia.
 
"Cadangan penyahsenaraian itu pemegang saham minoriti MAS menerima pembayaran balik modal bernilai 27 sen sesaham biasa, berjumlah RM1.38 bilion, mewakili 12.5 peratus premium pada harga penutup 7 Ogos dan 29.2 peratus premium atas harga pasaran purata wajaran bagi tempoh tiga bulan," kata Khazanah Nasional dalam satu kenyataan, Jumaat.

Khazanah Nasional berkata cadangan penyenahsenaraian MAS itu merupakan peringkat pertama skim penyusunan semua MAS, yang diumumkan pada Jun, hasil perundingannya dengan pemegang saham khasnya, Menteri Kewangan Diperbadankan.

Khazanah berkata cadangan penyusunan semula itu memerlukan kerjasama semua pihak untuk melaksanakan pembaikpulihan menyeluruh syarikat penerbangan nasional itu, yang antara lain melibatkan aspek operasi syarikat, model perniagaan, kewangan, modal insan dan persekitaran kawal selia.
 
"Semestinya segala usaha diperlukan bagi memastikan syarikat penerbangan negara ini kembali mencatat keuntungan sebagai sebuah entiti komersil serta memenuhi peranannya sebagai syarikat penerbangan nasional yang penting.
 
"Khazanah kini berada pada peringkat akhir untuk memuktamadkan cadangan penyusunan semula tersebut secara menyeluruh, dan selepas memperoleh kelulusan daripada pihak berkuasa dan pengawal selia berkaitan, kami menjangkakan pelan tambahan yang lengkap akan diumumkan pada hujung bulan ini," katanya.

Masalah kewangan MAS diburukkan lagi dengan dua tragedi yang tragis dalam jangka masa yang singkat membabitkan dua pesawat milik syarikat tersebut iaitu MH370 dan MH17.

MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang pada Mac lalu dan masih gagal dikesan sehingga hari ini. 

Pencarian pesawat itu masih giat dilakukan di selatan Lautan Hindi.

Manakala, MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah pro-Rusia di timur Ukraine, bulan lalu.


Tags / Kata Kunci: MAS , swasta , Khazanah Nasional

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan