MH370: Liow Berada Di Australia Mulai 19 Ogos

Diterbitkan: Sabtu, 9 Ogos 2014 7:20 PM

Liow Tiong Lai.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai akan berada di Australia mulai 19 Ogos ini untuk menemui Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss serta agensi dan pasukan yang berkaitan dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang masing hilang.

Selain itu, mesyuarat tiga pihak peringkat menteri antara China, Australia dan Malaysia juga akan diadakan, katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan komitmen kerajaan-kerajaan berkenaan dalam misi pencarian Penerbangan MH370 tidak pernah luntur.
 
"Selepas lima bulan menyertai misi mencari pesawat yang hilang, kami ingin memberi jaminan kepada anggota keluarga penumpang MH370 bahawa komitmen kami mencari pesawat itu masih konsisten dan turut diperkukuhkan," kata Liow.

Pesawat Boeing 777 MH370 itu yang membawa 239 orang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada awal pagi 8 Mac lepas .
 
Penerbangan MH370 itu dipercayai telah berakhir di selatan Lautan Hindi, kawasan yang menjadi tumpuan pencarian selepas operasi yang serupa di Laut China Selatan dan Laut Andaman didapati tidak berhasil.

Liow berkata bahawa operasi mencari di dasar laut di kawasan seluas 60,000 kilometer persegi dijangka mengambil masa yang lama.

Pada 6 Ogos lepas, kontrak bagi menjalankan pencarian pesawat itu di dasar laut selatan Lautan HIndi telah ditawarkan kepada firma Belanda, Fugro Survey Pty Ltd. 

Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS

iklan

Video

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Kolumnis

iklan

Iklan