Perkhidmatan KTM Sektor Tengah Kembali Pulih - Berita Semasa | mStar

Perkhidmatan KTM Sektor Tengah Kembali Pulih

Diterbitkan: Sabtu, 9 Ogos 2014 11:46 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: .Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad yang mengalami gangguan ekoran masalah kegelinciran tren kargo di antara Bank Negara ke Kuala Lumpur pada Jumaat, kembali pulih seperti biasa 5.30 pagi Sabtu.

Pengurus Komunikasi Korporat KTM Berhad, Siti Badariah Wan Hanafi berkata kakitangan KTM telah bekerja keras bagi memastikan kerja pemulihan trek dapat disiapkan lebih awal daripada jangkaan bagi kemudahan dan keselesaan pelanggan.

"Semua operasi tren di sektor tengah telah kembali beroperasi seperti biasa," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Dalam kejadian semalam, beberapa perkhidmatan KTM Komuter sektor tengah mengalami gangguan susulan tren kargo dari Padang Jawa ke Chemor, Perak tergelincir pada 3.11 pagi.

Kejadian berlaku di Km386 di antara Bank Negara ke Kuala Lumpur, membabitkan empat daripada 30 gerabak menghalang laluan bagi perkhidmatan tren.

Tags / Kata Kunci: KTM
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan