Jenazah Bapa Menteri Dalam Negeri Selamat Dikebumikan

Diterbitkan: Sabtu, 9 Ogos 2014 3:02 PM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama anak-anak serta cucunya menyiram air mawar ke pusara bapanya Allahyarham Hamidi Abdul Fatah yang telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Jenazah Hamidi Abdul Fatah, bapa kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat di sini, Sabtu.

Anak keempat Allahyarham, Datuk Mohd Lokman berkata bapanya berusia 91 tahun meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur kira-kira pukul 5 petang Jumaat kerana jangkitan paru-paru dan buah pinggang.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengimamkan sembahyang jenazah AllahyarhamHamidi Abdul Fatah, bapa kepada Menteri Dalam Negeri.

"Datuk (Seri Dr. Ahmad) Zahid bersama-sama saya serta seorang lagi abang saya berada di sisinya sewaktu menghembuskan nafas terakhir," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Hamidi meninggalkan sembilan anak termasuk Ahmad Zahid yang merupakan anak sulung, serta 40 cucu dan 20 cicit.

Isterinya Tuminah Abdul Jalil meninggal dunia pada tahun 2011 kerana angin ahmar dan komplikasi jantung.

Jenazah Allahyarham Hamidi Abdul Fatah, bapa kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disembahyangkan di Masjid Al Falah, Sungai Nipah Darat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat.

Mohd Lokman berkata seluruh anggota keluarganya reda dengan pemergian bapanya yang merupakan seorang bekas guru agama.

Beliau berkata bapanya yang terlantar sakit sejak tiga tahun lepas sebelum itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sebulan yang lepas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan orang ramai yang menziarahi pusara bapanya Allahyarham Hamidi Abdul Fatah yang telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat.

Jenazah Hamidi disembahyangkan di Masjid Al-Falah dengan diimamkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebelum dikebumikan pada pukul 12 tengah hari Sabtu.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani antara yang menziarahi keluarga Ahmad Zahid.

Tags / Kata Kunci: Menteri Dalam Negeri , Bagan Datoh , Perak , Polis

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan