Khalid Tiada Pilihan Selain Berundur - MPP PKR

Diterbitkan: Sabtu, 9 Ogos 2014 8:27 PM

Saifuddin Nasution Ismail.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiada pilihan lain selain berundur daripada jawatan sebagai menteri besar Selangor kerana beliau tidak lagi mempunyai sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di negeri itu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, R Sivarasa menegaskan, berdasarkan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor, Khalid tidak lagi memenuhi syarat sebagai menteri besar di negeri itu.

"PKR dan DAP setuju untuk memecat beliau. Jadi jelas, beliau tak ada sokongan majoriti daripada Adun di Selangor.

"Maka beliau tiada pilihan lain. Sepatutnya dia letak jawatan dan beritahu Tuanku, hantar surat letak jawatan dan terima hakikatnya sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di Ibu Pejabat PKR di sini, petang Sabtu.
 
Dengan pemecatan itu, Khalid kini menjadi Adun Bebas Pelabuhan Klang tetapi statusnya sebagai menteri besar masih samar.

PKR kini mempunyai 13 wakil DUN dan boleh mengharapkan sokongan DAP yang mempunyai 15 Adun di negeri itu.

Namun, PAS mempunyai 15 kerusi DUN dengan beberapa pemimpin utamanya mendesak supaya Khalid dikekalkan.

Jawatankuasa PAS Pusat akan bermesyuarat pada Rabu Depan untuk mempertimbangkan cadangan PKR berhubung kemelut jawatan menteri besar Selangor.

Sekiranya jawatankuasa itu tetap dengan pendirian Majlis Syura Ulama PAS untuk mengekalkan Khalid, ini bermakna menteri besar itu mempunyai sokongan 15 Adun PAS dan 12 Adun Barisan Nasional (BN) di negeri itu.
 
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan pemecatan Khalid sebagai anggota PKR turut dibuat selepas beliau melakukan pemberontakan secara terang-terangan terhadap parti dan Pakatan Rakyat.
 
"Alasan pemecatan beliau jelas. Beliau diberi tempoh masa yang lama untuk beri penjelasan dan letak jawatan secara baik tetapi enggan. Kita nampak tidak ada manfaat untuk tangguhkan isu ini lagi," katanya.

Jelas Saifuddin, Khalid diminta untuk berundur secara baik bagi memudahkan proses pelantikan menteri besar yang baharu dari kalangan ahli parti dibuat dalam masa terdekat.

"Kalau  beliau sayang rakyat Selangor kena hormat bahawa dia sudah tidak lagi menjadi ahli parti dan tidak mendapat sokongan anggota parti," katanya.

Tags / Kata Kunci: Khalid , MPP PKR

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan