MH17: Abbott Bertemu PM Belanda Urus Mangsa

Diterbitkan: Sabtu, 9 Ogos 2014 11:40 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Perdana Menteri Australia Tony Abbott akan ke Belanda untuk bertemu rakan sejawatannya Mark Rutte, ketika usaha mengenal pasti identiti mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 sedang giat dijalankan.

Kerajaan Belanda telah mengeluarkan kenyataan ringkas mengumumkan Abbott akan melawat The Hague pada Isnin untuk bertemu Rutte dan menandatangani buku takziah.

"Sejak beberapa minggu lepas, Belanda dan Australia telah bekerjasama rapat bagi penghantaran pulang dan mengenal pasti semua mangsa secepat mungkin," menurut laporan Australian Associated Press (AAP) yang memetik kenyataan itu.

Pada Jumaat, AAP melaporkan pakar forensik yang bertugas di Hilversum di Netherlands telah mengenal pasti 21 lagi mangsa MH17. Hanya dua mayat dikenal pasti sebelum ini, kedua-duanya warga Belanda.

Bilangan 21 lagi mayat itu terdiri 16 warga Belanda termasuk dua yang turut memiliki kewarganegaraan Britain, dua warga Malaysia, seorang warga Jerman, seorang warga Kanada dan seorang warga Britain.

Misi mencari cebisan mayat di tapak nahas di timur Ukraine telah ditangguhkan berikutan pertempuran antara tentera Ukraine dan puak pemisah proRusia.

Penerbangan MH17, membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai. Pesawat itu dipercayai ditembak jatuh.


Tags / Kata Kunci: Melbourne , Australia , Belanda

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan