Pengedar YSLM Terima Gelaran Datuk Seri

Diterbitkan: Jumaat, 8 Ogos 2014 6:20 PM

Gambar-gambar Jessy Lai menerima darjah kebesaran daripada Sultan Pahang yang dimuat naik di laman Facebook YSLM CDTUP.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pengedar perniagaan pemasaran pelbagai peringkat YSLM CDTUP, Jessy Lai mendapat penganugerahan darjah kebesaran daripada Pahang yang membawa gelaran Datuk Seri, ketika pihak berkuasa sedang mengesan pemilik syarikat itu yang mendakwa dirinya sebagai jutawan, Zhang Jian. 

Pengumuman itu dibuat di laman rasmi YSLM CDTUP di Facebook dengan gambar-gambar beliau menerima gelaran itu dari Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan gambar beliau bersama pingat darjah kebesaran itu.

"Jessy dah dapat pingat yang membawa gelaran Datuk Seri daripada Sultan Pajang... kenapa tak percaya???" kata moderator di halaman Facebook itu.

Beberapa gambar yang hampir sama dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran turut dikongsikan menerusi akaun Facebook di laman web Malaysia Youth Team.

Dalam satu kenyataan ringkas, Jessy menulis mengenai beliau rasa bersyukur apabila YSLM telah membawa perubahan besar dalam kehidupannya.

"Ia bermula dari satu perasaan yang tidak selesa, kemudiannya dengan bantuan "lao da" (Zhang Jian), beliau membantu untuk memperkayakan dan wang mula masuk... sekali gus mengubah hidup saya dengan ketara," katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau terharu apabila Zhang Jian memperkenalkannya dengan "banyak nilai kehidupan" bahkan turut mendapatkan pengiktirafan daripada negara dan masyarakat menerusi gelaran baharunya.

Di mana Zhan Jian berada ketika ini masih tidak jelas walaupun beberapa serbuan dilakukan di beberapa pejabat syarikat itu di seluruh negara.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengisytiharkan bahawa syarikat-syarikat di bawah Zhang Jian tidak didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan siasatan menunjukkan Zhang datang ke Malaysia untuk menubuhkan satu skim piramid cepat kaya yang diumumkan haram, melalui YSLM.

Sehingga berita ini ditulis, pegawai istana Pahang tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan pengesahan berhubung penganugerahan gelaran Datuk Seri kepada Jessy.

Tags / Kata Kunci: YSLM CDTUP , Zhang Jian , Jessy Lai

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan