MH17: Kementerian Luar Bandar Selaraskan Urusan Kepulangan Jenazah di Negeri

Diterbitkan: Jumaat, 8 Ogos 2014 2:03 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan menyelaras pengurusan kepulangan jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine pada 17 Julai, di negeri-negeri.

Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagaimanapun berkata ia bergantung kepada permintaan keluarga ke mana jenazah tersebut ingin dibawa.
 
"Sebagai contoh dua keluarga waris di Sarawak iaitu Bintulu dan Kuching ingin jenazah keluarga mereka dibawa pulang ke sana, kita akan laksanakan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
 
"Jika ada jenazah bukan Islam yang anggota keluarganya inginkan upacara persendirian dan hendak jenazah dihantar terus ke Taman Peringatan Nirvana, sampai di KLIA kita akan laksanakan permintaan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Jenazah warganegara Malaysia Tragedi MH17 peringkat kementeriannya di sini hari ini. Ia susulan mesyuarat pertama Jawatankuasa Koordinasi Persediaan Pelaksanaan Istiadat Penerimaan Jenazah Warganegara Malaysia Tragedi MH17 di Kementerian Pertahanan pada Khamis.


Mohd Shafie berkata upacara penghormatan di negeri juga akan diberikan sama seperti upacara di KLIA namun bergantung kepada permintaan keluarga.
 
"Apa yang penting adalah menghormati keperluan dan kehendak keluarga," katanya.

Antara negeri yang dijangka terlibat untuk menyambut ketibaan jenazah mangsa MH17 ialah Sarawak, Pulau Pinang dan Selangor manakala kawasan Putrajaya dan Cyberjaya upacaranya akan dilakukan di KLIA, katanya.

Katanya dalam mesyuarat hari ini juga beliau telah mengarahkan pemimpin tempatan untuk bersedia menyambut ketibaan jenazah bersama anggota keluarga mangsa yang lain di peringkat negeri.

Penerbangan MH17, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai.

Pesawat Boeing 777 dengan 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 warga Malaysia itu dipercayai ditembak jatuh, namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan