Khazanah Rancang Pengurangan & Pembayaran Balik Terpilih, Nyahsenarai MAS

Diterbitkan: Jumaat, 8 Ogos 2014 12:52 PM

Khazanah Nasional.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd hari ini mengemukakan permohonan rasmi kepada Lembaga Pengarah Malaysian Airline System Bhd (MAS)
untuk melaksanakan langkah pengurangan dan pembayaran balik modal secara terpilih bagi saham-saham biasa MAS.

Apabila selesai, Khazanah Nasional akan menjadi pemegang saham biasa tunggal MAS, yang akan dinyahsenarai dari kaunter Bursa Malaysia.
 
"Cadangan penyahsenaraian itu pemegang saham minoriti MAS menerima pembayaran balik modal bernilai 27 sen sesaham biasa, berjumlah RM1.38 bilion, mewakili 12.5 peratus premium pada harga penutup 7 Ogos dan 29.2 peratus premium atas harga pasaran purata wajaran bagi tempoh tiga bulan," kata Khazanah Nasional dalam satu kenyataan hari ini.

Khazanah Nasional berkata cadangan penyenahsenaraian MAS itu merupakan peringkat pertama skim penyusunan semua MAS, yang diumumkan pada Jun, hasil perundingannya dengan pemegang saham khasnya, Menteri Kewangan Diperbadankan.

Khazanah berkata cadangan penyusunan semula itu memerlukan kerjasama semua pihak untuk melaksanakan pembaikpulihan menyeluruh syarikat penerbangan nasional itu, yang antara lain melibatkan aspek operasi syarikat, model perniagaan, kewangan, modal insan dan persekitaran kawal selia.
 
"Semestinya segala usaha diperlukan bagi memastikan syarikat penerbangan negara ini kembali mencatat keuntungan sebagai sebuah entiti komersil serta memenuhi peranannya sebagai syarikat penerbangan nasional yang penting.
 
"Khazanah kini berada pada peringkat akhir untuk memuktamadkan cadangan penyusunan semula tersebut secara menyeluruh, dan selepas memperoleh kelulusan daripada pihak berkuasa dan pengawal selia berkaitan, kami menjangkakan pelan tambahan yang lengkap akan diumumkan pada hujung bulan ini," katanya.
Tags / Kata Kunci: saham , MAS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan