MH17: Bayaran Kepada Waris Selepas Perkeso Terima Dokumen Lengkap - Berita Semasa | mStar

MH17: Bayaran Kepada Waris Selepas Perkeso Terima Dokumen Lengkap

Diterbitkan: Jumaat, 8 Ogos 2014 8:03 PM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Pampasan serta faedah Skim Bencana Pekerjaan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan dibayar kepada 27 waris warga Malaysia yang terkorban dalam nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, setelah dokumen lengkap diterima.


Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Muttalib berkata, Perkeso masih belum boleh membuat sebarang keputusaan dari segi bayaran kerana segala urusan berkaitan dengan mangsa sedang dilaksanakan.

"Kita di kementerian akan memastikan sebarang urusan pembayaran faedah kepada waris akan dapat dilaksanakan dengan cekap dan efisien.

"Bagaimanapun buat sementara, semua waris diharap bersabar kerana pembayaran akan dilakukan setelah urusan berkaitan mangsa selesai," katanya kepada pemberita selepas majis penyampaian cek faedah PERKESO sempena Aidilfitri di sini, Jumaat.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perkeso, Datuk Dr Azman Mohamed.

Katanya, jumlah bayaran faedah bulanan yang diberikan di bawah Skim Bencana Pekerjaan bergantung kepada jumlah gaji akhir mangsa dan sebagai contoh jika mangsa memperoleh gaji bulanan RM3,000 ke atas mereka layak mendapat bayaran sehingga RM2,750, manakala jika gaji bawah RM3,000 kadar harian minimum adalah RM30 sehari berdasarkan tangga gaji.

Penerbangan MH17, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai.

Pesawat Boeing 777 dengan 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 warga Malaysia itu dipercayai ditembak jatuh, namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Maran berkata, Perkeso sentiasa melindungi pekerja yang ditimpa kemalangan atau bencana termasuk semasa dalam perjalanan pergi atau pulang ke tempat kerja atau kematian.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan majikan supaya mendaftar dan membayar caruman untuk pekerja mereka setiap bulan kepada Perkeso mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Mengikut akta itu, majikan yang tidak mencarum boleh didakwa dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau dua tahun penjara atau keduad-duanya," katanya.

Beliau berkata, agensi itu akan mempergiatkan lagi siri penerangan dan kempen keselamatan kepada majikan di seluruh negara dalam usaha memberikan kesedaran betapa pentingnya mereka mencarum untuk pekerja masing-masing. 


   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan