Isu MB Selangor: PKR Didakwa Paksa Adun Tolak Khalid

Diterbitkan: Jumaat, 8 Ogos 2014 9:07 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Komplot menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan menteri besar Selangor kini memasuki episod baharu apabila kesemua 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri itu turut diberi tekanan bagi menjayakan agenda berkenaan.

Terbaharu, kesemua 13 Adun itu didakwa diarahkan oleh pucuk pimpinan PKR supaya menandatangani surat akuan sumpah yang mengakui mereka hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

mStar Online difahamkan surat yang diedarkan pada Khamis itu perlu diserahkan kembali ke Ibu Pejabat PKR selewat-lewatnya pada pukul 10 pagi Jumaat.

Untuk rekod, PKR mempunyai 14 Adun termasuk Abdul Khalid.

Bagaimanapun, kesahihan surat berkenaan masih diragui.

Pada lewat malam Khamis, mStar Online menerima satu salinan surat akuan sumpah versi digital yang tertera nama dan maklumat peribadi salah seorang daripada 13 Adun PKR Selangor.

Antara inti pati surat akuan yang perlu ditandatangani oleh Adun terbabit yang juga Exco Selangor itu, tertulis bahawa beliau tidak lagi mempunyai kepercayaan terhadap Abdul Khalid untuk mentadbir kerajaan negeri.

Turut dinyatakan ialah bahawa pengaku mempunyai kepercayaan terhadap Adun Kajang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Menurut sumber yang rapat dengan Abdul Khalid, terdapat dikalangan Adun-adun yang menerima surat itu tampil memaklumkan mengenai perkembangan terbaharu tersebut.

"Mereka kena paksa tandatangan surat ini. Adun sendiri yang bagi (salinan surat)," katanya ringkas.

Tags / Kata Kunci: Selangor , PKR , PAS

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan