MH17: Dua Rakyat Malaysia Dikenal Pasti Setakat Ini

Diterbitkan: Jumaat, 8 Ogos 2014 10:38 PM

Serpihan bangkai pesawat MH17 di lokasi nahas di timur Ukraine.

(Ubah saiz teks)

THE HAGUE: Dua rakyat Malaysia merupakan antara 21 mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dikenal pasti oleh pasukan forensik, kata Kerajaan Belanda pada Jumaat.

Selain dua rakyat Malaysia, 21 mangsa terdiri daripada 16 warga Belanda, Britain (1), Jerman (1) dan Kanada (1).

Pesawat MH17 dalam penerbangannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Sebelum ini, mangsa rakyat Malaysia yang pertama dikenal pasti oleh pasukan forensik Belanda dipercayai Elaine Teoh, 27, berasal dari Pulau Pinang.

Difahamkan teman lelaki mangsa Emiel Mahler, 27, yang bersama-sama dengan Teoh dalam pesawat berkenaan masih belum dapat dikenal pasti sehingga kini. 

Teoh dan Mahler sedang bekerja dalam sektor kewangan di Melbourne dalam perjalanan ke Malaysia selepas menikmati percutian mereka di Portugal dan Belanda. 

Sebelum ini pernah dilaporkan, teman baik Teoh, Tan Sook Then sepatutnya menjemput pasangan ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Julai.
Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan