Sabar, Perbetul Diri, Bukan Hapuskan Musuh Nasihat Nik Aziz - Khalid - Berita Semasa | mStar

Sabar, Perbetul Diri, Bukan Hapuskan Musuh Nasihat Nik Aziz - Khalid

Diterbitkan: Jumaat, 8 Ogos 2014 2:04 AM

Abdul Khalid ketika berkunjung ke kediaman Nik Aziz sempena Aidilfitri di Kota Bharu, baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak menghapuskan golongan munafik yang cuba menyingkirkan beliau daripada jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Abdul Khalid juga diminta supaya bersabar dengan serangan golongan tersebut dan diingatkan supaya cuba memperbetulkan kesilapan diri.

Perkara itu didedahkan Khalid ketika berucap pada program solat hajat Perdana 'Mempertahankan Selangor' di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini, malam Khamis.

Abdul Khalid sebelum ini ditemani isterinya berkunjung ke kediaman Nik Aziz di Kota Bharu, Kelantan sempena Aidilfitri baru-baru ini.

"Saya amat terkejut dengan nasihat itu. Saya ingat beliau suruh saya hapuskan munafik tersebut tetapi tidak.

"Beliau (Nik Aziz) kata, kita jangan malukan munafik, kita sabar dan kita sama-sama betulkan mereka. Jadi sekarang saya dah rasa saya tak mahu buang munafik" katanya.

Abdul Khalid berkata, nasihat berguna itu mengingatkan beliau dengan cara Rasulullah SAW yang menaikkan syariat Islam dengan tidak menjatuhkan maruah musuh.

"Sejahat manapun seseorang itu, jangan jatuhkannya tetapi perbetulkan diri," katanya.

Beliau turut memberi amaran bahawa kejayaan Selangor bukan terletak dari segi politik, sebaliknya dibuktikan dengan pemerintahan Islam yang adil dan amanah.

Sementara itu, Abdul Khalid membidas DAP yang didakwa mempersoalkan kepimpinan kerajaan Islam di Selangor selepas beliau enggan berundur daripada jawatannya.

"Saya cuba jalankan tugas dengan baik dan bertanggungjawab seperti yang disyariatkan Islam dan diharapkan rakyat Selangor.

"Saya dapat tunjukkan bahawa jika orang Islam memerintah Selangor, ia tidak boleh dipersoalkan orang bukan Islam kerana dia amanah, lakukan kerja dan jalankan tanggungjawab," katanya.

Jelas Abdul Khalid yang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, walaupun DAP mengambil pendirian sebegitu, hakikatnya orang bukan Islam lebih gemarkan orang Islam mentadbir mereka.

 

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan