Kualiti Udara Baik Di Kebanyakan Kawasan Sebelah Pagi

Diterbitkan: Jumaat, 8 Ogos 2014 10:56 AM

Kualiti udara di Kuala Lumpur menunjukkan keadaan jerebu berada di paras terkawal. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuala Lumpur menunjukkan bacaan 84 iaitu pada tahap sederhana. -Foto BERNAMA. (gambar fail).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di kebanyakan kawasan di seluruh negara berada dalam keadaan baik dengan hanya sembilan lokasi merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 8 pagi ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pelabuhan Klang yang semalam merekodkan bacaan IPU tidak sihat telah mencatatkan bacaan IPU sederhana.

Antara kawasan yang merekodkan bacaan IPU sederhana ialah Sungai Petani, Kedah; Taiping, Perak; Miri, Sarawak; Petaling Jaya, Selangor; Batu Muda, Kuala Lumpur dan Shah Alam, Selangor.

Lokasi lain di seluruh negara merekodkan bacaan IPU baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 dan 300 sangat tidak sihat dan melebihi 301 sebagai berbahaya.

Bacaan IPU boleh diperolehi menerusi laman web JAS di http://www.doe.gov.my.
Tags / Kata Kunci: kualiti udara

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan