Bapa Menteri Dalam Negeri Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 8 Ogos 2014 7:34 PM

Ahmad Zahid (kiri) ketika bersama bapanya, Hamidi Abd Fatah tahun lalu. Gambar Hiasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bapa kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meninggal dunia pada usia 91 tahun akibat sakit tua, petang Jumaat. 


Allahyarham Hamidi Abd Fatah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.04 petang di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju di sini di sisi anak-anaknya, termasuk Ahmad Zahid.

Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru, kata Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri, Brig Jen Fadzlette Othman Merican Idris Merican, ketika dihubungi Bernama, Jumaat.

Sementara itu, dalam akaun Twitternya, Ahmad Zahid memaklumkan jenazah allahyarham bapanya akan disemadi di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh pada 11 pagi, Sabtu.

"Bagi menghormati pemergian ayahanda tersayang, majlis perkahwinan anak saya malam ini digantikan kepada majlis tahlil arwah di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra pada 8 malam," katanya.


iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan