MB Selangor: PKR Tidak Terikat Keputusan Majlis Syura PAS - Anwar

Diterbitkan: Jumaat, 8 Ogos 2014 4:11 PM

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim. Foto AZHAR MAHFOF / THE STAR

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadlian Rakyat (PKR) tidak terikat dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor, kata Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar bagaimanapun berkata, beliau menghormati keputusan majlis itu dan akan mengambil kira semua pandangan berhubung perkara tersebut.

"PAS tidak membuat keputusan bagi mewakili PKR. Sebagai sekutu dalam Pakatan Rakyat, kita mengormati pandangan mereka," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, petang Jumaat.

Beliau berkata, beliau akan melengkapkan maklumat dan sebab tambahan mengenai penggantian Khalid, kepada kepimpinan PAS.

"Majlis Syura Ulama PAS bukan Majlis Syura Pakatan," katanya.

Ditanya sekiranya Khalid akan dipecat dari parti, Anwar berkata, keputusan itu akan dibuat oleh kepimpinan pusat.

Tambahnya, Khalid seperti ahli keluarga dan beliau tidak mahu mengeruhkan hubungan kekeluargaan.

"Saya menasihatkan semua anggota untuk memberi fokus kepada kenyataan dan bukan emosi demi parti," katanya.

Khalid tidak hadir ke pertemuan dengan jawatankuasa disiplin parti yang dijadualkan pada pukul 3 petang Jumaat di Ibu Pejabat PKR.

Terdahulu, Khalid memberitahu pemberita bahawa beliau tidak dapat menghadirkan diri kerana beliau dijadualkan mengadakan mesyuarat bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Majlis Syura Ulama PAS pada malam Rabu sebulat surat memutuskan Khalid perlu dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan