Tambang Bas Tak Naik, Syarikat Bas Mungkin Gulung Tikar

Diterbitkan: Khamis, 7 Ogos 2014 3:00 AM

Mohamad Ashfar Ali

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarikat  bas ekspres berkemungkinan besar mengalami kerugian teruk dan terpaksa menutup perniagaan jika kerajaan masih tidak dapat membuat keputusan mengenai kadar kenaikan tambang yang baharu.


Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, kerajaan harus mengambil langkah proaktif mengenai isu ini dan menunaikan janji dengan mengumumkan kadar kenaikan tambang bas baharu dengan segera.

"Setiap hari pengusaha bas bertanya bila tambang bas akan naik. Saya tidak tahu berapa lama lagi mereka dapat bertahan.

"Semakin lama, keadaan menjadi semakin teruk. Jika kita masih tunggu dan tunggu, lama-lama syarikat pengusaha bas boleh gulung tikar," katanya kepada mStar Online, Rabu.

Mohamad Ashfar berkata, permohonan kenaikan tambang bas sebanyak 30 peratus telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Mei tahun lalu.

Katanya, sehingga kini, tiada sebarang perkembangan mengenainya walaupun terdapat 'cakap-cakap' menyatakan kadar baharu kenaikan tambang bas ekspres akan diputuskan selepas Aidilfitri tahun ini.

"Setiap bulan kita jumpa dengan pegawai SPAD tetapi mereka suruh kita tunggu.

"Kadar 30 peratus dalam permohonan tahun lepas adalah berdasarkan kadar semasa, tetapi selepas setahun masih tiada sebarang keputusan dibuat," katanya.




Menurut Mohamad Ashfar, ketika ini, pengusaha bas berdepan tekanan kenaikan harga barang dan pada masa sama mahu memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang.

Daripada 120 ahli PMBOA yang terdiri daripada pengusaha-pengusaha syarikat bas ekspres, beberapa syarikat dikenal pasti turut merasai kesan dan tekanan daripada isu ini.

"Terdapat juga beberapa syarikat yang terpaksa 'gulung tikar' dalam tempoh dua atau tiga tahun lepas.

"Nak gulung tikar pun tak mudah, banyak masalah dan ia merupakan satu proses yang panjang dan rumit," katanya.

Selain itu, katanya, mereka juga perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan kerajaan, termasuk menaikkan gaji pekerja kepada kadar gaji minimum.

"Semua barang naik harga dan harga 'spare part' naik hampir setiap hari. Baru-baru ini kita dengar harga diesel mungkin tidak akan diberikan subsidi dan kadar tol di 
Johor pun sudah dinaikkan.

"Pengusaha bas kini menuntut janji. Kita tidak faham mengapa reaksi SPAD terhadap isu ini sangat perlahan," katanya.

Mohamad Ashfar berkata, PMBOA bagaimanapun faham jika bebanan terhadap penumpang yang menjadi kebimbangan kerajaan, menyebabkan keputusan menaikkan tambang bas sering tertangguh.

Justeru, beliau menyarakankan agar 'Pelan B' dirangka untuk memberi manfaat bersama kepada penumpang dan syarikat pengusaha bas.

"Tanpa kenaikan tambang, ia juga akan menyusahkan penumpang.

"Pengusaha perlu kurangkan perkhidmatan dan tidak dapat menyediakan bas baharu," katanya sambil menambah tanpa keputusan muktamad mengenai kenaikan tambang turut mengganggu perancangan perniagaan syarikat-syarikat bas.

Sementara itu, SPAD masih belum dapat dihubungi untuk mendapatkan perkembangan dan mengulas mengenai isu ini.

Tags / Kata Kunci: SPAD , PMBOA , bas ekspres , kenaikan tambang

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan