Program Sambutan Kemerdekaan Dikaji Semula

Diterbitkan: Khamis, 7 Ogos 2014 9:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganjuran beberapa program sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 Malaysia tahun ini sedang dikaji semula susulan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada 17 Julai lepas, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata perkara itu sedang diteliti oleh sekretariat sambutan kemerdekaan sebelum cadangan mengenainya dikemukakan kepada kabinet minggu depan.

"Pihak sekretariat sambutan sedang mengkaji semula bentuk sambutan dan program kerana ia mungkin perlu diubah atau dibatalkan mengikut kesesuaian dan keadaan berikutan tragedi yang menimpa MH17," katanya.

Mengikut perancangan awal, sambutan kemerdekaan tahun ini akan diisi dengan  program seperti Doa Untuk Malaysia pada 15 Ogos, diikuti pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang pada 16 Ogos di Putrajaya.

Program lain yang dirancang ialah Konsert Harmoni Uniti pada 24 Ogos serta Konsert Sudirman 2.0 di Kuala Lumpur dari 28 hingga 30 Ogos.

Acara perbarisan dan perarakan Hari Kemerdekaan dijadual berlangsung di Dataran Merdeka pada 31 Ogos manakala 16 September dikhaskan untuk sambutan Hari Malaysia di Sarawak.

"Semua program ini sedang dilihat semula," kata Ahmad Shabery.

Penerbangan MH17 dengan 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas - dipercayai akibat ditembak peluru berpandu - di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

Mereka yang terkorban termasuk 43 warga Malaysia.Usaha juga sedang dilakukan untuk mengesan pesawat MAS MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lepas.

Operasi mencari pesawat dengan 239 penumpang dan anak kapal itu kini tertumpu di selatan Lautan Hindi.  

Tags / Kata Kunci: Hari Merdeka , MH17

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan