Polis Akan Minta Bantuan Interpol Kesan Peserta Pesta Sukan Bogel

Diterbitkan: Khamis, 7 Ogos 2014 8:18 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Polis Pulau Pinang akan meminta bantuan polis antarabangsa (Interpol) bagi mengesan lapan individu warga asing dalam pesta sukan bogel yang didakwa diadakan di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang. 

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata beliau akan meminta bantuan Bukit Aman untuk berhubung dengan Interpol negara asal lapan individu terbabit.

"Minta mereka mohon bantuan Interpol luar negara bagi kesan lapan individu dari Singapura, Myanmar, India dan Filipina itu bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Program Konvoi Kembara Sejahtera Polis Diraja Malaysia, Khamis.

Pada Rabu, polis dalam satu sidang akhbar menyatakan sudah mengenal pasti tujuh rakyat tempatan adalah antara 15 individu yang terbabit dalam pesta itu.

Pesta itu mula diperkatakan apabila video berdurasi lima minit 52 saat bertajuk 'Pesta Bogel di Teluk Bahang, Penang' tersebar secara meluas di laman sosial, yang memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan dalamkeadaan bogel, menari serta mengadakan acara sukan di Pantai Teluk Kampi.

Abdul Rahim berkata pihaknya kini mengesan tujuh individu tempatan berusia 20 hingga 50-an yang terlibat dalam pesta itu, dan jika masih gagal, polis akan mendedahkan wajah serta identiti mereka.

Beliau berkata setakat ini, pihaknya merekod keterangan 13 individu yang mempunyai maklumat berkaitan pesta itu, termasuk peronda yang bertugas ketika kejadian, bagi membantu siasatan.

Polis juga, katanya, sudah mengenal pasti penganjur pesta berkenaan iaitu seorang individu tempatan berusia 50-an dan usaha mengesannya giat dijalankan.

"Saya tidak boleh dedahkan identitinya sekarang ini kerana polis sedang mengesan beliau, cuma kami boleh maklumkan dia seorang warga tempatan yang merupakan seorang daripada 15 yang telah dikenal pasti itu dan bertindak sebagai penganjur serta peserta pesta berkenaan," katanya.

Abdul Rahim berkata selain itu, polis mengenal pasti individu yang dipercayai merakam serta memuat naik video pesta berkenaan ke laman sosial.

"Untuk makluman, polis berjaya mengesan siapa yang memuat naik video berkenaan dan dia adalah seorang daripada peserta yang juga bertindak merakam semua aktiviti pesta berkenaan serta dipercayai individu berkenaan adalah warga asing," katanya sambil menambah setakat ini, 14 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengan penganjuran pesta itu.

Tags / Kata Kunci: pesta sukan bogel

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan