Nasrudin Diberi 24 Jam Mohon Maaf Atau Berdepan Tindakan Undang-Undang

Diterbitkan: Khamis, 7 Ogos 2014 3:27 PM

Lim Guan Eng

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ahli Parlimen PAS diberikan tempoh 24 jam untuk membuat permohonan maaf berhubung kenyataan fitnah yang dibuat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng atau berdepan tindakan undang-undang.

Lim berkata beliau terkejut dengan serangan tanpa provokasi yang dilancarkan oleh ahli Majlis Syura PAS, Nasrudin Hassan Tantawi mengenai kewangan kerajaan negeri Pulau Pinang dan penganugerahan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

"Nasrudin mempersoalkan mengapa saya tidak dikritik dalam Pakatan Rakyat seperti mana Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dikritik berhubung isu pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) dan saya juga telah menggunakan rundingan terus untuk menganugerahkan projek terowong RM4.63 bilion di bawah dasar laut untuk Construction Zenith BUCG Bhd. 


"Saya ingin menyatakan di sini bahawa saya tidak pernah membuat apa-apa komen awam berhubung KIDEX atau anugerah  rundingan secara terus.

"Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam permainan politik Nasrudin yang menyokong KIDEX tetapi membuat bantahan ini kerana pembohongan oleh ahli Parlimen Pakatan Rakyat ini yang dengan teruk mencemarkan maruah saya dan kedudukan kerajaan negeri," kata Lim pada sidang akhbar di pejabatnya di di Komtar, Khamis.

Lim mendakwa Nasrudin telah berbohong dengan menyatakan bahawa projek terowong dasar laut telah dianugerahkan melalui rundingan terus, bukan tender terbuka dengan kos RM4.63 bilion.


Tambahnya, kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat tidak pernah mencatatkan bajet defisit. 

Nasrudin berkata projek terowong itu diberikan lampu hijau walaupun Pulau Pinang mencatat bajet defisit RM255.4 juta. 

"Saya tiada pilihan melainkan melayan dia seperti lawan Barisan Nasional, dengan mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Nasrudin yang menyebarkan fitnah secara terang-terangan terhadap saya dan kerajaan negeri Pulau Pinang," kata Lim.
Tags / Kata Kunci: Nasrudin Tantawi , Lim Guan Eng , Kidex

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan