Murid Lapan Tahun Maut Tersangkut Di Tingkap

Diterbitkan: Khamis, 7 Ogos 2014 11:12 PM

Mangsa cuba keluar melalui tingkap.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang murid perempuan Tahun Dua maut selepas lehernya tersangkut pada jeriji tingkap bilik dalam kejadian di Kampung Losong Feri pada Khamis.

Ketika kejadian yang disedari 3.30 petang itu mangsa, Nurliana Mazlan, 8, pelajar Sekolah Kebangsaan Losong, di sini, dipercayai cuba untuk keluar bilik melalui tingkap berkenaan selepas mendapati pintu bilik terkunci.

Bagaimanapun tindakan anak bongsu daripada lima beradik yang keluar menerusi tingkap itu gagal apabila lehernya tersangkut pada besi berkenaan.

Kejadian itu disedari oleh anggota keluarga mangsa selepas beberapa jam mangsa terperangkap pada jeriji besi tersebut.

Beberapa penduduk kampung juga berusaha mengeluarkan mangsa sebelum bomba tiba di tempat kejadian namun gagal. 

Sementara itu Komander Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Badrul Hisham Othman berkata pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pada 4.15 petang bergegas ke tempat kejadian bersama sembilan anggota.

Namun kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada 5.30 petang.

Tags / Kata Kunci: maut , tersangkut tingkap

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan