Jabatan Imigresen Tangguh Kemudahan Perbaharui Pasport Dalam Talian

Diterbitkan: Khamis, 7 Ogos 2014 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen menangguhkan sementara kemudahan memperbaharui pasport Malaysia secara dalam talian bagi mengkaji semula keberkesananan dan penambahbaikan perkhidmatan itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan) Jabatan Imigresen, Datuk Sakib Kusmi, berkata 
langkah itu berikutan kebimbangan pasport negara akan disalah guna pemilik dengan menjual dokumen itu menerusi urusniaga dalam talian.

“Selain itu, ia turut disebabkan foto segelintir pemohon yang diambil di kedai gambar didapati kurang berkualiti atau tidak memenuhi spesifikasi untuk memproses permohonan pasport.

"Jabatan Imigresen sudah pun melaksanakan pengambilan gambar dengan kos yang ditanggung kerajaan bagi meringankan beban rakyat dan memudahkan urusan membuat pasport,” katanya kepada mStar Online baru-baru ini.

Tambah Sakib lagi, pendekatan mengambil gambar menerusi kamera di kaunter imigresen atau ‘real life capture’ itu turut memperlihatkan aspek keselamatan permohonan pasport yang dipertingkatkan.

Katanya, Kaedah biometrik turut diperkenalkan dengan pengambilan cop jari dalam permohonan dan cara itu digunakan ketika pemegang pasport keluar masuk di sempadan.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya akan memastikan keperluan rakyat untuk mendapatkan dokumen perjalanan diri itu dengan menyediakan perkhidmatan pengeluaran pasport Malaysia sepanjang tempoh operasi pejabat jabatan itu.

Waktu operasi bagi urusan permohonan pasport di pejabat imigresen seluruh negara adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang, setiap Isnin hingga Jumaat, manakala operasi pada Sabtu dan Ahad dari pukul 8 pagi hingga 1 petang.
 
Kaunter ditutup dari pukul 1 petang hingga 2 petang dari Isnin hingga Khamis manakala 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang pada Jumaat.
 
Bagi kaunter pasport di Pusat Transformasi Bandar (UTC), waktu operasi bermula dari pukul 8 pagi hingga 10 malam setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad.

Berikutan itu, Sakib menasihatkan orang ramai yang berhasrat membuat permohonan pasport negara supaya datang lebih awal bagi mengelak sebarang kesulitan terutama pada waktu puncak.

“Bagi yang membuat permohonan pada sebelah petang akan dinasihatkan untuk mengambil pasport pada hari berikutnya atau bila-bila masa terutama sekiranya berlaku kesesakan.
 
“Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kesulitan yang dihadapi pemohon. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, kita dapat memproses permohonan pasport mereka pada hari yang sama,” katanya.
 
Beliau mengulas mengenai aduan orang ramai yang menghadapi masalah ketika membuat permohonan pasport terutama pada waktu puncak.

Sejak Januari, sebanyak 1.4 juta pasport Malaysia dikeluarkan jabatan itu di mana sistem memproses pasport kini mengambil masa sejam selepas bayaran dibuat.
 
Sakib berkata, walaupun kaunter pasport ditutup selepas waktu operasi, proses permohonan pasport masih diteruskan bagi melancarkan perkhidmatan.

Sakib berkata, orang ramai turut dinasihatkan supaya membuat perancangan lebih awal dan tidak menunggu saat akhir sebelum ke luar negara untuk mengemukakan permohonan bagi mendapatkan dokumen perjalanan itu.
Tags / Kata Kunci: pasport Malaysia , jabatan imigresen

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan