Exco Negeri Perlu Letak Jawatan Jika Khalid Gagal Sebagai MB

Diterbitkan: Khamis, 7 Ogos 2014 12:37 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Majlis Eksekutif Selangor (Exco) perlu bersuara atau meletak jawatan sebagai tanda protes jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal dalam menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar dalam tempoh enam tahun, kata penasihat Suaram, Kua Kia Soong.

Kua mempersoalkan mengapa ahli-ahli exco negeri memilih untuk berdiam diri selama ini apabila mereka melahirkan tanggungjawab yang sama terhadap keputusan yang dibuat menteri besar. 

"Setakat ini, dalam kontroversi MB Selangor, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di luar kepimpinan negeri telah membuat tuduhan terhadap Khalid.

"Sebenarnya, orang yang bertanggungjawab kepada pengundi Selangor adalah ahli-ahli exco yang telah menjadi sebahagian daripada Kabinet Khalid selama ini," katanya dalam satu kenyataan.

Kua berkata setakat ini hanya Exco DAP negeri Teng Chang Kim telah tampil untuk mempertahankan Khalid, manakala yang lain memilih untuk berdiam diri.

"Jika tindakan berdiam diri dari seluruh kabinet negeri tidak ditafsirkan sebagai kebenaran, maka mereka telah kehilangan hak mereka. Anda tidak boleh mendapat dan menikmati'bahagian' anda. Anda tidak boleh menikmati gaji dan elaun daripada menteri tetapi bersikap tidak endah apabila ia menjadi tanggungjawab bersama untuk ditanggung," jelas beliau.

Beliau juga berkata, slogan 'Reformasi' Pakatan Rakyat untuk pengembalian semula tadbir urus yang baik dengan menggabungkan ketelusan, demokrasi, akauntabiliti dan penyertaan awam digunakan untuk pentadbiran Selangor.

"Jadi sekarang, mari kita dengar suara exco negeri. Adakah Khalid menghidupkan prinsip-prinsip ini dalam tempoh enam tahun sebagai MB? Jika tidak, mengapa tidak anda (ahli exco) bersuara atau meletakkan jawatan sebagai tanda protes?," katanya.
Tags / Kata Kunci: Suaram , Exco Selangor

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan