Lebih 100 Penyelidik Memasuki Tapak Nahas Dalam Pertempuran Sengit

Diterbitkan: Khamis, 7 Ogos 2014 8:54 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lebih daripada 100 penyelidik dari Belanda, Australia dan Malaysia telah memasuki lokasi kemalangan MH17 di tengah-tengah pertempuran sengit di timur Ukraine.

Menurut Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE), pasukan misi pemantauan khas (SMM) di sana mendapati berlaku serangan berhampiran kawasan carian di rantau tersebut. 

"Semasa di sana, SMM melihat beberapa mortar dilempar masuk dan keluar serta tembakan meriam pada jarak 2km hingga 3km dari arah yang tidak diketahui," kata OSCE dalam satu kenyataan, Rabu.

Serangan tetap berterusan walaupun adanya pengumuman gencatan senjata untuk pakar-pakar antarabangsa melakukan kerja-kerja mereka di sana, yang turut menyebabkan kerja-kerja OSCE terganggu.

Jurucakap OSCE Michael Bociurkiw memberitahu The Star bahawa sama ada tentera Ukraine serta pemberontak, kedua-duanya tidak mengaku bertanggungjawab melakukan tembakan di kawasan itu.

"Kami tidak pasti dari mana ia datang. Sebelah pihak telah melanggarnya (gencatan senjata) dan kita tidak tahu siapa," katanya.

Mengenai dakwaan bahawa pemberontak telah mengganggu bangkai MH17, beliau berkata OSCE itu tidak mempunyai bukti bahawa ia merupakan satu kes.

Bociurkiw menambah, misi antarabangsa tiga negara itu berpusat di Soledar, kira-kira 90km dari lokasi kemalangan MH17 berhampiran Grabovo. Soledar terletak dalam wilayah tentera Ukraine.

Mengenai bagaimana OSCE dan para penyiasat telah dibawa ke tapak, Bociurkiw berkata tentera Ukraine mengiringi mereka sehingga mereka sampai ke 'kawasan yang tidak ada manusia'.

"Dari situ, mereka pergi tidak lagi mengiringi sehingga mereka bertemu dengan pemberontak," katanya.

OSCE dan pakar asing sebelum ini berpangkalan di Donetsk, dengan lawatan mereka ke tapak nahas secara eksklusif diiringi oleh pemberontak Ukraine.

Peta yang disediakan oleh Pusat Maklumat dan Analisis Majlis Keselamatan dan Pertahanan Kebangsaan Ukraine telah dipecahkan kepada dua. 

Bahagian Barat (dan lebih kecil) kedua-dua bahagian menyaksikan pemberontak masih mengawal bandar Donetsk, Horlivka dan Shakhtar.
Tags / Kata Kunci: MH17 , Donetsk

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan