10 Ogos 'Hari Penentuan' Bagi Pakatan Rakyat

Diterbitkan: Khamis, 7 Ogos 2014 2:53 PM

Lim Kit Siang

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketika krisis menteri Besar Selangor sampai ke tahap paling kritikal, penasihat DAP Lim Kit Siang melabelkan tarikh 10 Ogos sebagai hari penentuan yang menentukan masa depan Pakatan Rakyat.

"Pakatan Rakyat berhadapan dengan krisis yang paling teruk sejak penubuhannya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada April 2008. Bolehkah Pakatan Rakyat terus bertahan dalam krisis keyakinannya yang terburuk ini?," kata Lim dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sama ada Pakatan dapat bertahan dalam krisis ini bergantung kepada komitmen para pemimpin terhadap aspirasi asal pakatan pembangkang dan dasar rangka kerja bersama, katanya.

"Jika semua pemimpin Pakatan Rakyat, sama ada DAP, PAS atau PKR, terus berpandukan rangka kerja dan prinsip-prinsip dasar PR...maka PR akan terus mara dari satu kekuatan ke satu kekuatan untuk mengetahui nasibnya bagi menggantikan Umno/BN pada pilihan raya umum ke -14," katanya.

PKR secara rasmi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar yang kini dipegang oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, tetapi pemimpin-pemimpin kanan PAS secara terbuka menyatakan bahawa mereka tidak melihat sebarang keperluan untuk Khalid digantikan.

Majlis Syura PAS yang mengdakan mesyuarat malam Rabu juga sebulat suara memutuskan bahawa Khalid perlu dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

DAP pula telah bersetuju menteri besar digantikan.

Khalid pula berkata beliau tidak akan melepaskan jawatannya.

PAS dan DAP masing-masing akan membuat keputusan akhir berhubung krisis semasa pada 10 Ogos ini.

Ramai penganalisis meramalkan bahawa krisis semasa ini akan menyebabkan perpecahan dalam Pakatan Rakyat. 

Lim berkata kepimpinan Pakatan Rakyat semasa mesyuarat majlis pada 23 Julai telah bersetuju untuk kerusi Khalid digantikan dengan menteri besar baharu.

Beliau berkata mesyuarat itu dihadiri oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti komponen Pakatan.
Tags / Kata Kunci: Lim Kit Siang , Pakatan Rakyat , 10 Ogos

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan