Umno Sedia Hadapi Pilihan Raya Negeri Selangor

Diterbitkan: Rabu, 6 Ogos 2014 4:11 PM

Ahmad Maslan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno bersedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri Selangor, jika ia penyelesaian yang dipilih kerajaan negeri bagi menyelesaikan kemelut pelantikan menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, pihaknya memerhati dengan teliti perkembangan di negeri itu demi kepentingan rakyat, selain krisis tersebut secara tidak langsung, turut memberi kesan kepada negara khususnya dari sudut ekonomi.

"Selangor adalah negeri yang penting dan merupakan pusat ekonomi kepada segala usaha yang dibangunkan kerajaan dan kestabilan politik merupakan faktor utama kedatangan pelabur ke sesebuah negeri," katanya.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemprosesan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Kompleks Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sini, Rabu.

Krisis itu timbul ekoran terdapat desakan daripada Parti Keadilan Rakyat supaya menteri besarnya itu berundur dan digantikan dengan pemimpin lain parti itu.


Tags / Kata Kunci: Umno , Menteri Besar Selangor , pilihan raya

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan