Sokong Wan Azizah Calon Tunggal MB

Diterbitkan: Rabu, 6 Ogos 2014 2:02 PM

Dr Wan Azizah Wan Ismail

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Barisan kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sebulat suara menyokong keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu untuk menamakan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar yang baharu.


Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin berkata, keputusan membabitkan 36 pemimpin PKR negeri itu dicapai menerusi beberapa siri mesyuarat yang diadakan bersama pimpinan negeri sebelum ini.

Jelasnya, walaupun pimpinan Selangor ada membangkitkan beberapa cadangan untuk menamakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai calon jawatan sama, mereka tetap akur dengan keputusan MPP.

"Kita akur dengan keputusan MPP untuk menamakan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.

Kenyataan sokongan itu bagaimanapun tidak melibatkan Azmin dan Menteri Besar Selangor ketika ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketika ditanya mengapa cabang Gombak dikecualikan dalam menyokong pencalonan Dr Wan Azizah, Zuraida berkata, Azmin akan menggunakan kapasitinya sebagai Timbalan Presiden untuk memberikan kenyataan sendiri.

"Nama Azmin dikecualikan kerana beliau masih menghadapi pemilihan parti. Kita juga hormati beliau diatas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden kerana beliau mungkin mahu membuat kenyataan media secara peribadi," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar menempelak tindakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat,  Nasruddin Hassan yang ingin menganjurkan Gerak 2 Pertahan Khalid sebagai tanda sokongan terhadap Abdul Khalid.

"Kenapa orang luar Selangor nak masuk campur hal PKR. Saya nak beritahu PAS  apabila MB Kedah dipilih ia dibawah kuasa PAS. Di Pulau Pinang itu kuasa DAP, begitu juga Kelantan milik PAS. Di Selangor kita dah ada persetujuan di peringkat Pakatan Rakyat bahawa jawatan MB milik PKR.

"Jadi biar PKR yang buat keputusan siapa yang jadi MB Selangor. Saya harap ia akan terus diikuti pada masa akan datang," katanya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan