Guan Eng Tak Gembira 'Pesta Sukan Bogel' Jadi Tajuk Utama

Diterbitkan: Rabu, 6 Ogos 2014 4:52 PM

Lim Guan Eng.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang tidak gembira apabila 'pesta sukan bogel' yang didakwa diadakan di Teluk Kampi dekat sini menjadi topik hangat dalam laporan media negara pada Rabu.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, acara yang sama turut diadakan di beberapa negeri lain beberapa tahun lalu namun perkara tersebut tidak dibangkitkan. 

"Ia menunjukkan perkara ini sengaja dibesar-besarkan," katanya dlaam sidang media di pejabatnya di Komtar pada Rabu. 

Beliau menambah kerajaan negeri tidak pasti dengan penganjuran acara tersebut dan mereka sudah pasti tidak akan memberi kelulusan terhadap aktiviti sedemikian. 

"Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sepatutnya bertanggungjawab untuk menyiasat perkara tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya kerana Teluk Kampi, yang terletak Taman Negara Pulau Pinang berada di bawah bidang kuasa kementerian tersebut. 

Rakaman video bertajuk 'Penang Nude Sports Games' dimuatnaik dua bulan lalu di lama web Vimeo. 

Ia memaparkan aksi 18 individu 'dalam keadaan bogel' sedang mengadakan aktiviti fizikal dan ia didakwa diadakan di tepi pantai Teluk Bahang. 

Terdahulu pada Rabu, Ketua Polis Pulau Pinang,  Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi berkata, terdapat 15 individu mengambil bahagian dalam video tersebut telah dikenalpasti.  

Di mana tujuh daripada mereka terdiri daripada rakyat Malaysia, lima lagi warga Singapura, selebihnya adalah, warga Filipina, dua Myanmar dan seorang warga India. 

Tags / Kata Kunci: Guan Eng , Pesta Sukan Bogel

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan