MH17: Pasukan Malaysia Teruskan Siasatan Di Lokasi Nahas Hari Ini

Diterbitkan: Rabu, 6 Ogos 2014 11:15 AM

Bangkai pesawat MH17 di lokasi nahas di timur Ukraine. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasukan Malaysia yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan penyiasatannya di lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, pada Rabu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pasukan itu menjejaki kokpit pesawat dan melakukan pemeriksaan terhadap semua bukti yang ada.

Terdapat bau busuk daripada penguraian dilaporkan dalam kokpit itu tetapi tiada mayat atau barangan milik mangsa ditemui, kata Zahid.

Pada pukul 7.30 pagi Selasa, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bersama 13 pegawai polis dan pasukan penyiasat dari Belanda dan Australia menuju ke lokasi nahas.

Pasukan itu melaporkan terdapat serangan antara puak perselihan di kawasan nahas tetapi melihat keadaan itu tidak begitu tegang berbanding hari sebelumnya.

Pasukan Malaysia yang tiba di Pangkalan Operasi Hadapan (FOB), Solidar pada malam Isnin, terhalang dengan begitu banyak sekatan jalan raya yang dilakukan oleh tentera Ukraine. Perjalanan untuk ke lokasi nahas mengambil masa sejam dari pangkalan itu.

Penyiasatan diteruskan pada pukul 7.30 pagi Rabu.

Pesawat MH17 yang membawa seramai 298 penumpang dan anak kapal, dalam penerbangannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi , MH17

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan