Setiausaha Sulit Khalid Buat Laporan Kepada SPRM

Diterbitkan: Rabu, 6 Ogos 2014 9:00 PM

Mohd Yasid Bidin.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Setiausaha sulit Menteri Besar Selangor, Mohd Yasid Bidin telah membuat laporan kepada Suruhanyaja Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menggesa agar satu siasatan dijalankan ke atas Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung sepucuk surat yang mendakwa wujudnya salah laku yang melibatkan wang jutaan ringgit.

Mohd Yasid bersama-sama dengan Setiausaha Politik Khalid, Azman Abidin berkata mereka terpaksa membuat laporan tersebut kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) enggan berbuat demikian. 

Ditanya sama ada beliau membuat laporan tersebut selepas diarahkan oleh Khalid atau orang lain, Mohd Yasid berkata: "Saya bekerja dengan kerajaan negeri dan sekiranya ada tuduhan salah laku, seharusnya ada siasatan dijalankan." 

Difahamkan laporan tersebut dibuat untuk membersihkan nama Khalid selepas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution mendakwa wujud hutang Khalid sebanyak RM66.67 juta (AS$18 juta) dengan Bank Islam untuk membeli saham syarikat dan penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor kepada EcoWorld dibuat dengan harga lebih murah daripada nilai pasaran untuk projek pembinaan rumah.

Tags / Kata Kunci: SPRM , MB Selangor , Yasid Bidin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan