Saya Seronok - Khalid

Diterbitkan: Rabu, 6 Ogos 2014 5:17 PM

Khalid tetap ceria walaupun berdepan dengan pelbagai cubaan untuk menyingkirkannya sebagai Menteri Besar Selangor.

(Ubah saiz teks)

KLANG: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menghiraukan sebarang usaha untuk menyingkirkannya dari terus memegang jawatan Menteri Besar Selangor, sebaliknya menganggap apa yang berlaku hanya sekadar 'cakap-cakap' sahaja.

Malahan, beliau berpendapat, hanya proses undang-undang yang dapat menentukan pihak yang berhak mengisi kerusi panas itu.

Bagi dirinya, beliau akan terus menjalankan tugas-tugasnya sebagai menteri besar seperti biasa.

"Sama ada saya jadi menteri besar atau tidak, itu akan ditentukan oleh proses yang dilaksanakan seperti yang terkandung dalam Enakmen Negeri Selangor.

"Sebelum apa-apa berlaku atau apa-apa dilaksanakan, sekarang hanya 'bercakap' sahaja tanpa pelaksanaan dan saya masih berkerja sebagai menteri besar dengan penuh minat dan tanggungjawab," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Membina Jambatan Ke-3 Klang dan majlis jamuan hari raya di sini, Rabu.

Abdul Khalid berkata, setakat ini, beliau tidak terkesan dengan tekanan dan desakan yang dibuat oleh pihak tertentu untuk menyingkirkannya dari kerusi menteri besar.

"Saya seronok. Desakan sebegini memberikan saya azam untuk berkerja dengan lebih cepat dan tertib untuk rakyat Selangor," katanya.

Mengulas lanjut mengenai beberapa tindakan dan langkah yang diambil untuk menggantikannya dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah, beliau berkata, hanya dua proses yang dapat memutuskan perkara ini.

"Satu melalui proses Dewan Undangan Negeri dan satu lagi dengan penglibatan Sultan Selangor, Sultan Shafafuddin Idris Shah," katanya.

Mengenai projek jambatan ke-3 Klang yang dilancarkan, Abdul Khalid berkata, jambatan yang merentasi Sungai Klang itu dibina untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar bandar ini, sekali gus menambah baik aliran trafik sedia ada.

"Kos keseluruhan projek ini dibiayai kerajaan negeri menggunakan rizab negeri yang kini mencecah RM3 bilion hasil dasar penjimatan dan perbelanjaan berhemah sejak 2008," katanya.


iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan