Input Pelaksanaan Tol Baharu di CIQ Dibentang di Kabinet - Wee Ka Siong

Diterbitkan: Rabu, 6 Ogos 2014 10:42 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Input berhubung pelaksanaan kadar tol baharu di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, Johor Baharu antaranya berkaitan impaknya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dibentangkan di Kabinet hari ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong berkata beliau dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberikan input berhubung pelaksanaan tol baharu itu dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Katanya pelaksanaan tol baharu di CIQ itu boleh menjejaskan PKS kerana selain berdepan kadar baharu, mereka juga dikenakan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) dan Permit Kenderaan Barangan (GVP) dari luar ke republik itu yang dinaikkan daripada RM51 (S$20) kepada RM90 (S$35) sehari, GVP pula RM103 (S$40) berbanding RM26 (S$10) sebulan, berkuat kuasa 1 Ogos.

 
"Pembayaran tol dan VEP akan meningkatkan kos dan menjejaskan pendapatan PKS," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Pada 26 Julai, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan kadar tol di kompleks CIQ dinaikkan bagi kenderaan Kelas 1 hingga Kelas 5, berkuat kuasa 1 Ogos.

Kadar baharu tol bagi kenderaan yang memasuki Malaysia ialah RM9.70; RM14.70; RM19.70, RM4.80 dan RM7.80 mengikut kelas, manakala kadar tol bagi kenderaan yang keluar dari negara ini ialah RM6.80; RM10.20; RM13.60; RM3.40 dan RM5.50.

 
Ditanya sama ada kadar tol itu akan dikaji semula, Wee berkata ia bergantung kepada Kementerian Kerja Raya dan Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Beliau berkata Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dijangka merangka langkah untuk mengurangkan bebanan usahawan PKS dan kalangan berpendapatan rendah termasuk menambah baik sistem pengangkutan awam.

Mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim agar kerajaan menghentikan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang baharu kerana berpendapat ia tidak menyumbang kepada perpaduan nasional, Wee yang juga Timbalan Presiden MCA berkata ia tidak mencerminkan pendapat kepimpinan Barisan Nasional (BN) secara keseluruhan.

Katanya dalam manifesto BN pada pilihan raya umum lepas, BN berjanji meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk SJKC dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil serta membina lebih banyak sekolah meliputi semua jenis sekolah di kawasan yang mempunyai permintaan yang tinggi.
 
"Saya yakin manifesto BN dan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pilihan raya lepas akan ditepati," katanya. 


Tags / Kata Kunci: kadar tol CIQ

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan