GST: Kastam Sasar 123,000 Syarikat Daftar Sehingga September Ini - Berita Semasa | mStar

GST: Kastam Sasar 123,000 Syarikat Daftar Sehingga September Ini

Diterbitkan: Rabu, 6 Ogos 2014 4:53 PM

Ahmad ketika mengadakan lawatan ke Pusat Pemprosesan GST di Kelana Jaya, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menyasar kira-kira 123,000 syarikat mendaftar bagi cukai barang dan perkhidmatan (GST) sehingga 30 September ini.


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, untuk mencapai sasaran tersebut, KDRM akan melaksanakan lima langkah termasuk menambah iklan di media cetak dan elektronik, selain memberikan peringatan awal kepada 63,000 syarikat yang telah mendaftar bagi cukai jualan dan perkhidmatan (SST) untuk mendaftar bagi GST.

Kata beliau, sehingga semalam, sebanyak 8,883 syarikat telah mendaftar bagi GST yang mana 36 pendaftaran melalui pos manakala selainnya menerusi dalam talian.

"Pendaftaran menerusi dalam talian hanya mengambil masa lima minit," kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemprosesan GST di Kompleks Kastam di sini, Rabu.

Ahmad berkata, pemohon dinasihatkan untuk menyediakan maklumat berkaitan syarikat terlebih terdahulu termasuk pengiraan nilai jualan sebelum mendaftar bagi mempermudahkan proses pendaftaran. 

Tags / Kata Kunci: Datuk Ahmad Maslan , Kastam , GST

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan