Sistem U-Customs Kekang Aktiviti Penyeludupan

Diterbitkan: Selasa, 5 Ogos 2014 12:11 PM

Khazali Ahmad
(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pelaksanaan sistem elektronik komprehensif dan mampan dikenali sebagai 'Ubiquitous Customs' (U-Customs) yang bakal beroperasi, 1 Jan 2016 dapat mengekang aktiviti penyeludupan dan penipuan komersial termasuk di Sabah.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk Seri Khazali Ahmad berkata U-Customs itu menepati standard antarabangsa dengan pelaksanaannya kelak akan dapat memantapkan fasiliti perdagangan dan prosedur perkastaman secara menyeluruh.

"Penyeludupan bukan sahaja berlaku di Sabah, namun sistem yang akan dimajukan itu akan memudahkan lagi untuk kita memfokuskan terhadap aktiviti penyeludupan dengan pembinaan dua pusat iaitu National Clearance Centre (NCC) dan National Targeting Centre (NTC).

NTC akan digunakan untk membuat penilaian risiko dengan memasukkan pelbagai kriteria bagi menentukan sasaran yang lebih mudah dan berkesan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Kesedaran Projek u-Customs di sini, Selasa.

Khazali berkata sistem 'mesra pengguna' itu dapat mengurangkan ketirisan hasil kastam selain memudahkan pengendalian urusan perdagangan import dan eksport dengan lebih sempurna selaras peredaran masa terhadap pembangunan seiring usaha kerajaan mencapai status negara maju.

"Projek mega ICT yang dibina sejak September 2013 itu akan memudahkan pengendalian import dan eksport yang tidak terganggu dengan kesepaduan menggunakan sistem sedia ada yang lebih memberi kemudahan kepada rakyat terutama dalam urusan perdagangan di negara ini," katanya.

Beliau berharap kempen itu akan meningkatkan kesedaran mengenai pelaksanaan U-Customs yang akan melibatkan pelbagai agensi kerajaan selain pelaksanaan myGST yang akan bermula 1 April 2015.

Selain itu, katanya, kempen itu juga bagi mendapatkan kelulusan dan persetujuan agensi di Sabah termasuk operator dan pihak berkuasa pelabuhan untuk bekerjasama serta berintegrasi melalui U-Customs.

Sebanyak 42 agensi menyertai kempen berkenaan terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta termasuk Permit Issuing Agencies (PIA).

Sistem elektronik komprehensif yang dibangunkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dijangka dilaksanakan sepenuhnya menjelang 2016 dan menggantikan Sistem Maklumat Kastam (SMK) yang telah digunakan sejak 1994.

Menerusi sistem itu, semua kargo atau kontena yang melalui pintu masuk negara, sama ada pelabuhan atau lapangan terbang akan diimbas menggunakan mesin pengimbas 'pandu-lalu'.


Tags / Kata Kunci: Kastam

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan