Khalid Jamin Tiada Catuan Air Walau Paras Empangan Rendah

Diterbitkan: Selasa, 5 Ogos 2014 5:01 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi memberi jaminan tiada catuan air berjadual dilaksanakan di negeri itu walaupun paras semasa empangan Sungai Selangor tidak menunjukkan sebarang peningkatan.

 

Beliau berkata, jawatankuasa pemantau yang turut dianggotai wakil dari Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Kettha) sentiasa melihat perkembangan semasa ini sebagai langkah memastikan bekalan air terawat dapat disalurkan secara berterusan kepada pengguna.

"Tiada catuan akan dilaksanakan buat masa ini kerana kita sedang merancang langkah perlu untuk mengekalkan keadaan semasa paras air seperti sekarang untuk sekurang-kurangnya sebulan berdasarkan perkiraan kami," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Menurut statistik laman web Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) www.iwrims.luas.gov.my setakat pukul 8 pagi tadi, paras air di dua empangan yang masih di bawah paras minimum ialah Sungai Selangor (32.48 peratus) dan Sungai Tinggi (45.62 peratus).

Empangan Sungai Selangor merupakan empangan utama yang membekalkan 60 peratus sumber air kepada rakyat di negeri itu.

Sementara itu, enam lagi empangan menunjukkan peratusan melebihi paras minimum iaitu empangan Batu sebanyak 81.75 peratus, empangan Klang Gates (69.87 peratus), Kolam Takungan Sungai Labu (56.9 peratus), Langat (62.45 peratus), Semenyih (75.3 peratus), dan empangan tasik Subang (65.47 peratus).

Pada Jumaat lepas, Abdul Khalid menyatakan pihaknya tidak akan melaksanakan catuan berjadual buat masa sekarang bagi mengimbangi bekalan air di beberapa buah kawasan ekoran musim kering melampau ketika ini.


Tags / Kata Kunci: air , Menteri Besar Selangor , empangan

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan