Bekas KP Pelajaran Ketuai NEAC

Diterbitkan: Selasa, 5 Ogos 2014 12:38 PM

Dr Abdul Rahman Arshad.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Satu panel yang terdiri pakar dan tokoh pendidikan telah dilantik unuk mengetuai Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Kebangsaan (NEAC) untuk menasihat Kementerian Pelajaran mengenai perkara-perkara dasar. 

Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad akan mengetuai jawatankuasa tersebut yang akan berkuatkuasa mulai sekarang hingga Julai 2016.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengetuai jawatankuasa, yang akan bertemu dua kali setahun.

"Saya berharap jawatankuasa itu bukan sekadar memberikan idea mengenai polisi semata-mata sebaliknya mereka juga boleh mengemukakan cadangan melalui kebimbangan yang dikemukakan oleh rakyat Malaysia. 

"Pihak kementerian kini sedang menyusun semula Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi dan kami berharap untuk melancarkan pelan tersebut menjelang akhir tahun ini," katanya dalam ketika berucap sebelum menyampaikan surat pelantikan kepada anggota jawatankuasa di bangunan kementerian di sini, Selasa. 

Anggota lain yang turut dilantik menganggotai jawatankuasa tersebut ialah Tan Sri Dr Zakri Abdul Hamid yang akan bertindak sebagai timbalan pengerusi, Tan Sri Napsiah Omar; Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Datuk Shamsuddin Bardan; Datuk Mohammad Medan Abdullah; Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah; Prof Datuk Dr Teo Kok Seong; Datuk Dr Denison Jayasooria; dan Datin Ong Guan Siew. 

NEAC telah ditubuhkan pada 2010.

Tags / Kata Kunci: Abdul Rahman Arshad , NEAC

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan