Konflik Politik Pas-Umno Rugikan Umat Islam

Diterbitkan: Selasa, 5 Ogos 2014 4:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konflik politik antara parti PAS dan UMNO jika dibiar berlanjutan hanya akan merugikan umat Islam di negara ini, kata Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Syed Ali Al-Habshee.

Katanya, sudah tiba masanya PAS bekerjasama dengan UMNO bagi mengeratkan semula ukhuwah agar umat Islam menjadi kuat dan dihormati.

"Sekiranya kita berpecah belah, negara akan kucar kacir. Tengok apa jadi dengan Palestin, kita tidak mahu anak cucu kita menderita sebegitu suatu hari nanti.

"Kalau kita bersatu, kita akan dapat bersuara menjadi kuasa besar," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam rancangan ruang Bicara bertajuk 'Menteri Besar Selangor: Ada Siapa Kisah' terbitan BernamaTV di sini, Isnin.

Terdahulu, Syed Ali semasa ditemu bual dalam rancangan tersebut berpendapat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mementingkan dirinya bagi mendapatkan kuasa untuk memerintah dan bukannya membela rakyat.

"Saya hairan kenapa masih ada orang terikut-ikut dengan Anwar yang suka mempergunakan individu lain untuk mencapai cita-cita peribadinya," katanya.

Syed Ali juga menyatakan Anwar jelas tidak menghormati Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila mengumumkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu walaupun belum mendapat perkenan Sultan.

Sebelum ini, Anwar mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat bulan lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan mencalonkan presiden parti itu yang juga isterinya Wan Dr Azizah untuk mengisi jawatan itu.

Sementara itu, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Lokman Noor Adam berkata perlu ada wadah baharu bagi menyatukan PAS dan UMNO agar Melayu terus kukuh memegang tampuk pemerintahan negara.

"Ahli PAS dan UMNO perlu bersatu mencari suatu mekanisme bagaimana untuk bekerjasama dan menghargai antara satu sama lain," katanya.

Jika kemelut antara kedua-dua parti berlarutan, Lokman Noor berkata DAP akan terus mengambil kesempatan mempergunakan Melayu khususnya generasi muda untuk memperjuangkan agenda politik mereka.

Tags / Kata Kunci: Pas , Umno

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan