Dua Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggang Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Selasa, 5 Ogos 2014 10:19 PM

Punca kebakaran masih disiasat.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah kampung dua tingkat yang didiami mereka musnah dalam kebakaran di kilometer 3, Lebuhraya Sultan Abdul Halim pada Selasa. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Mohd Izham Abd Rahim berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.58 petang dan 16 anggota bomba termasuk bomba sukarela bersama jentera tiba di situ dalam masa 5 minit. 

Beliau berkata, api berjaya dikawal pukul 3.16 petang dan punca serta jumlah kerugian masih disiasat. 

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran dipercayai bermula kira-kira pukul 2.30 petang itu. Seorang mangsa, Rohani Ariffin, 61, berkata ketika kejadian dia yang tinggal sendirian di rumah pusaka itu sedang berehat selepas menunaikan solat Zohor sebelum terdengar jeritan orang ramai.

"Saya terlelap di tingkat atas rumah selepas menunaikan solat Zohor sebelum dikejutkan dengan jeritan orang ramai yang menyatakan bahawa dapur rumah saya terbakar.  

"Bila turun, saya lihat api sudah marak di bahagian dapur rumah dan dalam keadaan yang terkejut saya cuba menghubungi pihak bomba tetapi gagal kerana tidak tahu bagaimana untuk menghubungi mereka," katanya kepada pemberita.

Rohani berkata beliau cuba mengeluarkan kereta untuk pergi meminta bantuan tetapi gagal dan pada masa yang sama penduduk kampung telah menghubungi pihak bomba. 

Seorang lagi mangsa, Asnah Ariffin, 59, berkata ketika kejadian dia dan anak perempuannya berada di rumah manakala suami dan dua lagi anaknya keluar bekerja. 

Tags / Kata Kunci: kebakaran , alor star

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan