IPU Seluruh Negara Baik Setakat 8 Pagi - Berita Semasa | mStar

IPU Seluruh Negara Baik Setakat 8 Pagi

Diterbitkan: Selasa, 5 Ogos 2014 11:57 AM

KEMBALI CERAH ... Perbezaan dua gambar pemandangan di sekitar ibu kota yang sebelum ini dilanda jerebu (gambar kiri) dan kini kembali cerah (gambar kanan) ketika tinjauan fotoBernama di sini, hari ini. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuala Lumpur hari ini berada pada paras sederhana dengan bacaan IPU 70 setakat jam 10 pagi tadi. -Foto BERNAMA.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kualiti udara secara keseluruhnnya baik dengan kebanyakan kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) antara baik dan sederhana, setakat 8 pagi ini.

Menurut portal Jabatan (JAS) 27 kawasan mencatat IPU baik ialah di Pasir Gudang, Johor (48), Sibu (42) dan Seremban (49).

27 kawasan merekodkan IPU sederhana ialah Alor Setar (65), Bakar Arang di Sungai Petani (71), Langkawi (53), Jalan Tasek, Ipoh (60), Kampung Air Putih di Taiping (74), SK Jalan Pegoh (60), Seri Manjung (62) dan Tanjung Malim (53).

Kawasan lain ialah, Kangar (55), Perai (62), Seberang Jaya 2 (66), USM (60), Bintulu (55), ILP Miri (88), Kuching (70), Miri (79), Samarahan (69), Sri Aman (58), Banting (57), Kuala Selangor (62), Pelabuhan Klang (82), Petaling Jaya (58), Shah Alam (59), Kemaman (54), Batu Muda di Kuala Lumpur (68), Cheras (65)

dan Putrajaya (53).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 100 ke 200 (tidak sihat), 200 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).


Orang ramai boleh merujuk portal www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan