MH17: Waris Dijangka Terima Pampasan AS$50,000 Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan: Isnin, 4 Ogos 2014 12:34 PM

Rohani Abdul Karim

Rohani Abdul Karim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Waris terdekat kepada mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dijangka menerima bayaran pampasan awal sebanyak AS$50,000 atau kira-kira RM160,000 dalam jangka masa terdekat. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata bayaran pampasan awal itu sediakan oleh pihak MAS. 

"Saya difahamkan bayaran kepada waris yang ini dapat dibuat dalam masa terdekat memandangkan kita sudah sedia maklum apa yang berlaku kepada pesawat itu (MH17)," katanya ketika dihubungi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam rancangan Selamat Pagi 1Malaysia yang disiarkan di TV1.

Rohani berkata, sebelum ini sebanyak 25 anggota keluarga mangsa tragedi MH17 telah menerima bayaran saguhati AS$5,000 atau kira-kira RM16,000 secara sekali gus daripada pihak MAS untuk membantu dalam soal perbelanjaan harian yang mungkin diperlukan.

Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, dalam penerbangan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

Menjelas lanjut, Rohani berkata setakat ini 70 peratus daripada waris penumpang warganegara Malaysia telah memaklumkan kepada pihaknya mengenai pengurusan mayat mangsa nahas MH17 apabila ia tiba di tanah air kelak. 

"Baki 30 peratus lagi waris penumpang belum membuat sebarang keputusan mengenai pengurusan mayat dan kita tidak akan desak mereka kerana kita tahu kesulitan yang dihadapi.

"Setelah beberapa interaksi antara pegawai dengan waris, persoalan serta harapan paling tinggi waris ialah bila agaknya mereka dapat terima mayat anggota keluarga mereka," kata Rohani.

Rohani menambah beliau dimaklumkan oleh pasukan foresik Malaysia di Amsterdam, setakat dua hari lepas beberapa padanan DNA dan mayat mangsa telah dibuat dan kebanyakannya melibatkan warganegara Belanda.

"Tapi kita tak boleh mengetepikan, kemungkinan dalam masa terdekat ada warga Malaysia yang dapat dikenal pasti. Dan keluarga minta kita maklumkan sebaik sahaja tahu tentang perkara itu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Rohani Abdul Karim , MH17 , MAS

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan