Video Ular Tedung Di Kuil Tersebar

Diterbitkan: Isnin, 4 Ogos 2014 7:41 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Sebuah video amatur yang dirakamkan oleh seorang penganut Hindu berusia 57 tahun di kuil di Kesang Pajak tersebar luas sehingga mendapat perhatian dunia kerana aksinya menenangkan raja ular itu.

S. Subramaniam di Kuil Sri Pratiyangaraa Devi Sakhti Beddam di Taman Ria untuk upacara sembahyang pada Mei lalu di mana beliau menggunakan telefon pintarnya untuk merakamkan satu klip mengenai bagaimana seekor 'king cobra' menunjukkan 'aksi' menerusi upacara keagamaan.

"Anak saudara perempuan saya berusia 25 tahun kemudiannya memuat turun aplikasi WhatsApp ke dalam telefon, dan mengajar saya bagaimana untuk menghantar mesej menggunakan aplikasi itu.

"Bila saya melihat ular tedung ketika sedang melakukan upacara keagamaan, saya fikir untuk merakamkan perkara itu untuk rakan-rakan saya," katanya di sini, Ahad.

Pada awalnya bapa lima anak itu berkongsi video berkenaan dengan kebanyakan rakan dan saudara-maranya.

"Ramai yang memuji saya selepas saya menghantar video itu apabila mereka merasakan seorang lelaki tua dan sebelum ini membuat kerja-kerja sampingan seperti saya begitu mahir dengan penggunaan telefon pintar.

"Ia merupakan cubaan pertama saya menggunakan aplikasi WhatsApp dan saya terkejut apabila video berkenaan tersebar luas malah disiarkan di saluran televisyen di India."

Survana News di Karnataka di India menyiarkan rakaman itu semasa berita waktu perdana pada 29 Julai lalu, sebelum ia kemudiannya dikongsikan oleh stesen televisyen lain di India.

Penyampai berita Survana News bercakap kepada beberapa pakar herpetologi mengenai bagaimana 'king cobra' boleh dapat ditenangkan dalam upacara keagamaan yang berlangsung selama sejam.

Bagaimanapun, stesen televisyen pada awalnya mendakwa rakaman itu diambil dari sebuah kuil di Tamil Nadu tanpa menyedari bahawa ia sebenarnya dirakamkan di Melaka.

"Saya tidak menjangkakan rakaman saya akan dikongsikan seluruh dunia apabila pihak pengurusan kuil turut menerima panggilan daripada seorang wanita di Switzerland selepas dia menyaksikan rakaman itu di media sosial, dan kemudiannya cuba menjejaki sumber itu," kata Subramaniam yang bangga dengan berita itu.

Samil kuil K.M. Thinageswar Sivaachaariyar berkata, ular tedung itu dibawa masuk khusus untuk upacara keagamaan yang berlangsung pada Mei lalu.

Beliau berkata, walaupun ular itu mengeluarkan bisa, tetapi ia tidak menjadi agresif apabila ayat-ayat dibacakan semasa upacara berlangsung.

Thinageswar berkata, dua stesen televisten, satu dari Tamil Nadu dan satu lagi dari Tokyo, memohon kebenaran untuk membuat rakaman sewaktu ular tedung itu membuat 'kemunculan seterusnya' di kuih itu dari 19 hingga 30 Ogos ini.

"Saya juga terkejut bagaimana stesen-stesen televisyen ini dapat menjejaki kuil ini, walaupun rakaman yang tersebar di media sosial itu tidak pernah menyebut tempat atau negara (ia dirakam)," kata Subramaniam.

"Saya begitu teruja untuk meletakkan lebih banyak video dan gambar di YouTube dan Facebook. Pada masa lapang yang ada ini boleh saya membuat rakaman mengenai perkara-perkara yang menarik dan berkongsinya dengan mereka yang lain."

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan